Gambar terbaru anak Aishwarya Rai, Aaradhya sangat comel.





Tanggal 16 November 2011, adalah detik paling manis dalam kalendar hidup wanita yang pernah terkenal dengan gelaran wanita tercantik di dunia itu apabila selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan sebagai Aaradhya Bachchan  


aishwarya rai

Apa yang menarik, nama bayi itu hanya diberikan selepas empat bulan kelahirannya. Ini kerana menurut kepercayaan penganut agama Hindu, nama yang baik diberikan kepada anak mampu menentukan tuah bayi itu di masa hadapan.


Secantik nama Aaradhya, begitulah wajah puteri sulung Aish diibaratkan.Sehinggakan, bayi itu dilaporkan kanak-kanak paling popular di India ketika ini.
Diwali pertama dengan Aaradhya, nyata ia saat begitu dinantikan Aish dan suami bahkan keluarganya juga Bachchan (mentua).


“Kegembiraan saya tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata kerana sebelum kelahiran Aaradhya, sudah empat tahun saya dan Abhishek meraikan Diwali berdua saja. 
“Keistimewaan tetap saya rasakan apabila menyambutnya dengan suami tercinta, namun apabila mempunyai anak perasaan itu lebih istimewa dan berbeza. Diwali kali ini bukan saja istimewa buat saya dan suami, tetapi juga keluarga saya dan mentua.

Gambar terbaru anak Aishwarya Rai, Aaradhya
“Walaupun Aaradhya bukanlah cucu sulung dalam keluarga Bachchan misalnya, dia adalah cucu pertama perempuan manakala dua cucu lagi sebelum ini adalah lelaki. Kehadiran Aaradhya ternyata menambahkan lagi seri dalam perayaan Diwali kali ini."


“Kadangkala saya seperti mahu ketawa melihat Abhishek dan mentua saya, Amitabh Bachchan, yang lebih ‘excited’ berbanding saya sendiri dalam menyediakan kelengkapan Diwali untuk Aaradhya,” katanya gembira melalui pengalaman sebagai ibu.sumber http://www.hmetro.com.my ,gambar ihsan Google
 Gambar terbaru anak Aishwarya Rai,Aaadhya sangat comel, gosip artis, hiburan, aishwarya rai gemuk kini kurus semula, ,artis Bollywood

5 comments:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...