Cantiknya cincin risik Rozita Che Wan dari Zain Saidin





Alolo cantik sangat cincin risik Rozita Che wan, jutaan tahniah diucapkan kepada Rozita Che Wan yang akhirnya dirisik oleh Zain Saidin. Majlis tertutup ini telah berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur semalam.Pengurus Rozita Che Wan memberitahu majlis tersebut dihadiri oleh sekitar 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak. sumber http://beautifulnara.com









Gambar nikah Adam AF dan Fiza Elite.





Tahniah kepada pasangan artis Adam AF dan Fiza Elite yg selamat bernikah dengan sekali lafaz hari ini sekitar 10.40 pagi bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam,diucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia keakhir hayat. sumber http://www.rotikaya.com , http://beautifulnara.com







Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant




Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant

Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Irham sedang buntu memikirkan cadangan emaknya, Puan Sri Maryam (Norish Karman) yang ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.

Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.



Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, ‘Love You Mr Arrogant’ mulai 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang di TV3.

Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.


Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.

Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.

Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan menurut hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?

Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, Love You Mr Arrogant mulai 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.sumber http://www.budiey.com




CPUV Nuffnang yang baik hati~






Terima kasih Nuffnang bagi CPUV tanpa henti, kasilah running lama sikit ya..




Atasi masalah kegatalan kulit kepala





Assalamualaikum readers. Saya nak share sikit produk saya guna ni.Hari raya lepas, saya dah tersilap guna syampu rambut. Hokey kesilapan yg disengajakan.Time raya tu mmg tak bawak syampu sendiri balik kampung, so rembat je syampu yang ada kat bilik air tu, maka bermulalah kegatalan kulit kepala. Ini mmg biasa berlaku, kalau saya tersilap guna syampu yang tak match ngan jenis rambut dan kulit kepala memang lepas tu  seminggu jugaklah kulit kepala jadi gatal-gatal.Tapi lepas tu kalau saya guna semula syampu rambut yg biasa saya guna, dia akan okey balik. Tapi nak storynya kali ni  kulit kepala makin teruk, gatal, bisul dan sampai kelemumur yg besar2 tu dah jadik..lama jugak berbulan sampai la minggu lepas saya dah tak tahan, pegi farmasi nekad cari ubat. Dah tukar macam2 syampu tak berjaya jugak.



So farmasi suggest syampu Preven dan saya kaut sekali krim gatal tu sebab taknak terus tergaru-garu cam cik M ~ cik monkey wakaka  , pakai syampu tu 3 minit baru cuci then dah kering rambut terus sapu krim gatal, alhamdulillah 2 hari guna terus baik wink*wink  terima kasih encek somi yg rajin sapu ubat gatal kat kepala isteri,,tu berkat tangan somi jugak kannnnnnn

Kalau korang ada masalah macam saya ni, cubalah syampu ni harganya around RM15 je, ni 1st time saya alami masalah kulit kepala yg agak kronik, sampaikan bila outing asyik tergaru kepala,bayangkan rambut terkepam kita pakai tudung kan, lepas tu gatal tu mengerenyam takleh nak story dah..sampai nak kuar air mata , alhamdulillah now dah back to normal.Tiada kegatalan lagi ~


Adam AF bakal nikahi Fiza Elite Khamis ini.




Pasangan selebriti, Adam dan Fiza Elite, memilih tarikh 26 September untuk menamatkan zaman bujang mereka di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi. 


Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit.

Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010. 

Baru kenal Ramadan lalu 


Artis wanita itu baru-baru ini mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga semula pada Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian.sumber http://www.bharian.com.my





Gambar majlis pernikahan Fouziah Gous dan Zhafran





Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan, Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof yang telahpun selamat bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada malam Sabtu (21 September 2013). Majlis pernikahan yang bertemakan ala Pakistan itu dimeriahkan lagi dengn kehadiran keluarga terdekat dan kenalan rapat kedua-dua mempelai bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. sumber http://beautifulnara.com dan http://www.ohbulan.com











Apple Learning Quran ~ terbaek untuk si kecil.




Assalamualaikum readers, sampai juga Apple learning quran yg diorder ni, lama sudah beli tapi terpaksa tunggu q dapat stock.Semalam dia inform dah postage so pagi² dah sampai,alhamdulillah. Kenapa saya belikan ni untuk anak adalah kerana :

Apple Learning Quran ada 26 doa harian,16 surah dari Al quran, Doa dalam solat, serta terdapat  lagu dan nasyid termasuk alphabet ..Ada lampu yg boleh ditukar² untuk menarik minat kanak².Hanya tekan button yg ada seperti mainan lain..





Tengok lampu projection daripada Apple Learning Quran ni, tu yang anak kita lagi suka tu khen~






 *hehe sampai juling mata abg camim nak posing 



Saya beli online je hanya RM35 termasuk postage di Pemborong Pakaian Bayi II , kalau anda berkenan nak belikan untuk si kecil boleh refer situ ya,till then wassalam.











Free sample lagi you ~


Assalamualaikum readers, harini kemas² rumah, haa baru teringat envelop² free sample yg belum diupdate lagi.. bz sangat sampai terlupa..lama jugak lar dah received sampel2 ni tapi belum try lagi,u olls nak jugak boleh klik pada link dibawah tu ya.

free sample product Malaysia

free sample product Malaysia
  • Free sample product  from KAO Malaysia   KLIK SINI


free sample product Malaysia

  • Free sample Kotex from Kimberly Clark KLIK SINI

Orait rajin² la uolls isi form or  register kalau nak free sample ya,kalau berkenan boleh teruskan guna produk tersebut, till then wassalam.

Entry Free Sample yang anda mesti baca juga :






Ada tak cara delete email cara senang?



Alamak emel inbox je dah dekat 50ribu, nak delete skit2 pengsan rasanya.. ada sesiapa tahu cara nak delete sume ni cara cepat dan mudah tak ? hadoii kenyakan dari facebook tu yg banyak sangat tu.lama dah tak cek emel nilah jadinya kan..sepanjang pagi tadi dapatlah delete dalam 4ribu dah..huhu









Musim durian~ musim crepe datang lagi





Assalamualaikum, rumah dah penuh bau durian ... musim durian datang lagi.. biasanya dulu saya grab durian dah siap packaging di Giant je tapi sekarang lagi dekat saya beli di area Bukit Jelutong tu, ataupun sek7 pun murah juga di tapak pasar malam depan iCity ,tengok sana tengok sini musim durian kali ni sebenarnya biasa-biasa je sebab harganya masih mahal nak compare ngan awal tahun aritu regenya jatuh  merudum,mmg best memborong time tu..ni call masuk tak henti2 lagi semuanya nak crepe durian, kebanyakan mmg regular customer yg mengorder..terima kasih bebanyak ya sayang.



siapa nak order boleh self collect dirumah saya atau delivery area shah alam, sebarang order dan pertanyaan call saya atau sms orait  019-2545593,  [soalan yg mengada ngada dan kerek mmg malas dilayan hokey~] next time saya story pelbagai pengalaman dengan customer yg pelbagai ragam..poning nak melayan..till then,wassalam







Siapa bernama Malaysia?



Selamat hari Malaysia ke~50 buat semua rakyat Malaysia, suratkhabar Kosmo arini siap ada wish happy birthday utk mereka yang bernama Malaysia, lahir pada tahun dan tarikh sama Malaysia dapat nama, bangganya siapa yg nama mereka ada kat paper tu, sudi pulak mengabadikan nama Malaysia pada IC diorang, ini baru namanya patriotik..kalau korang lahirkan anak pada tarikh ni, agak-agak sudi tak letak nama Malaysia kat MyKid anak tu? sendiri jawab hokey...



Putrajaya Firework Competition 2013 sempat kami outing jap gi Putrajaya malam tadi kat presint 5 Maritime centre, kononnya nak nengok bunga api, tapi keluar pun dah kul 8pm, dah sampai jem teruk sangat so selit sana selit sini sampai dah terlajak jalan finally tengok tepi jalan jelah semua tempat full dah.. bolehlah nampak fireworks tu, cuma tak ambek gambo je..takpelah nanti Final 2 Okt kita gi awal sikit ya..snap gambo banyak sket puas hati, ni event yg kami sekeluarga tak pernah miss tau~


pinjam gambo dari http://www.thestar.com.my



Hokey lastly, jemput makan Cendawan Goreng Rangup ya, antara menu dinner malam tadi,senang je nak buat, cepat dan sodap,yang penting cendawannya fresh dan besar, resepi DISINI  hokey,till then,wassalam.

Putrajaya Firework Competition 2013, pertandingan bunga api putrajaya 2013,resepi cendawan goreng rangup mudah dan cepat,selamat hari malaysia ke 50

Mandai-mandai sangat edit~



adeiiii  mahap la kalau nengok rupa paras blog saya tak semenggah ya para hadirin  dif dif kehormat, dah macam gigi rongak dah rupa blog saya ekeke alkisahnya semalam hari penuh kebosanan,dah lama berniat nak tukar rupa paras, konon konon pandai ler mengedit..lama dah tingglkan xtiviti  edit mengedit ni...


godek menggodek pun berlaku, seterusnya hasilnya semua perkara banyak hilang,pastu nak setting semula dah malas dan menyampahhhh.... tolong siapa ada khidmat edit full template yg cun meletops email saya ya... taknak jambu2 sangat nak yg smart dan kemas hokey...tulun tulun ya  nak outing jap pastu nak main baking baking...bahasa rojak..



Penyanyi Black hanifah selamat bernikah dengan Naquia Yasirah





Penyanyi yang dilahirkan menerusi program realiti TV Mentor, Hanifah Bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi sekitar 12.06 tengahari tadi.

Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Ustaz Mohammad Shukri Yaacob yang merupakan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu itu telah dijalankan di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dan mas kahwin berjumlah RM80 dengan wang hantaran sebanyak RM12000.

Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung.sumberhttp://www.rotikaya.com


Melayan selera simple anak-anakku sayang~





Melayan sufi dan syamim harini, nak makan Potato Wedges, paling senang dan cepat nak sediakan. Nak resepi DISINI ya, pastu malam tadi dah beli ingredients utk muffin dan homemade icecream tapi tak sempat buat pulak arini, tukar ke weekend sebab nnt next monday boleh makan sebab  public holiday hari Malaysia kan, boleh santai² sambil planning nak tengok bunga api kat Putrajaya International Fireworks Competition 2013 ~ so today kasik je aiskrim potong ni. Hasben mmg suka beli yg ni sebab sedap,murah dan packaging dia bagus






Bagus betul sufi dan syamim ni,dia tahu ibu malas kan, so petang sket deyol just request Bihun sup simple ~ kan anak yang taat cenggitu,sayang korang^^ tahu dah ibu  nak layan Love in Paris jgn kacau* hokey


6 september lepas, birthday my lill boy Syamim Izzuddin yang kedua tahun, tak buat apepun, just beli cake simple² je, ibu doakan Syamim izzuddin jadi anak soleh berjaya dunia akhirat.ameen.Rasa sekejap je masa berlalu, aritu je rasa baru sambut  umur setahun kan,ni dah nak bujang dah  alhamdulillah.





Sinopsis sinetron Love in Paris di TV3







SINOPSIS DRAMA LOVE IN PARIS


Yasmin (Michelle Ziudith) berangkat ke Paris atas undangan Pusat Kebudayaan untuk membuat pameran fotografi. Sesampainya di sana, ia tidak menemukan Rafa (Rio Dewanto), sahabat semasa kecilnya, yang ternyata telat menjemput. Kejadian tidak menyenangkan pun menimpa Yasmin, dua orang berandal menjambret kamera miliknya. Beruntung ada Reno (Dimas Anggara), pemuda kaya raya asal Indonesia, yang sigap menolong Yasmin.Dalam kondisi bingung, Yasmin yang berjalan kaki secara tidak sengaja menabrak Aqila (Yunita Siregar) hingga iPad milik Aqila jatuh dan hancur. Lantaran Yasmin tidak memiliki uang untuk mengganti Ipad tersebut, Aqila lantas memaksa Yasmin membantu membereskan apartmen miliknya.

Tidak ada yang mengetahui kalau Aqila dan Yasmin sebenarnya adalah saudara kembar dari pasangan Arif (Surya Saputra) dan Farah (Amara). Keduanya tertukar akibat perbuatan Jihan (Maeeva Amin), sahabat Arif dan Farah. Rupanya Jihan sakit hati karena tidak bisa memiliki Arif. Jihan yang berprofesi sebagai seorang dokter nekad mengambil satu anak kembar yang dilahirkan Farah

Kepada Arif dan Farah, perempuan itu mengatakan bahwa salah satu bayi kembar mereka, yang setelah dewasa bernama Aqila, tidak bisa diselamatkan. Aqila kini kuliah di Perancis, dan menjadi sahabat Rafa. Di sisi lain, Aqila masih terus mengejar cinta Reno.

Di Jakarta, Alya (Marcella Daryanani) kabur dari rumah karena kesal pada kedua orangtuanya. Adik Yasmin itu merasa kalau Arif dan Farah lebih menyayangi Yasmin ketimbang dirinya. Alya tidak pernah mengetahui bahwa perlakuan beda itu semata-mata karena Yasmin divonis menderita leukimia dan didiagnosa berumur tidak lebih dari 20 tahun. Naas, Alya yang kabur bersama Dygta (Haykal Kamil), kekasihnya, mengalami kecelakaan hingga koma. Di rumah sakit tempat Alya dirawat, Arif dan Farah kembali bertemu Jihan.

Di Perancis, Yasmin berhasil kabur dari apartemen Aqila di lantai lima melalui jendela. Pada saat bersamaan, Reno berhasil menangkap tubuh Yasmin yang nyaris jatuh. Setelah Yasmin siuman dari pingsan, Reno mengatakan bahwa dia bersedia membawa gadis itu ke tempat sahabat Rafa, asalkan Yasmin mau menolong dirinya. Setelah mengubah penampilan Yasmin, Reno lalu membawa Yasmin ke pesta ulang tahun Aqila, dengan memperkenalkan gadis itu sebagai kekasih Reno. Tidak hanya Aqila, Rafa yang juga datang ke acara itu pun kaget melihat sosok Yasmin bersama Reno. Sementara itu sejak bertemu dengan Yasmin, Reno sebenarnya sudah jatuh hati. Seiring waktu, cinta Rafa dan Reno kepada Yasmin ternyata terus berkembang. Sementara itu Yasmin yang jatuh cinta kepada Reno memutuskan untuk tidak membiarkan cintanya berkembang lantaran penyakit leukemia yang diderita Yasmin.

Keputusan Yasmin itu membuat Reno kecewa. Meskipun begitu, Reno pantang menyerah untuk mengejar cinta Yasmin. Di lain pihak, Rafa akhirnya menyatakan cinta pada Yasmin. Hingga suatu hari Rafa mengalami musibah kecelakaan, sementara di satu sisi, Reno terkena serangan jantung. Baik Rafa maupun Reno dirawat pada rumah sakit yang sama. Secara tidak sengaja, Yasmin menemukan kartu donor jantung milik Rafa. Saat itu pula Yasmin mengalami dilema hebat. Di satu sisi dia harus menyelamatkan Reno, orang yang dicintai, di sisi lain Yasmin tidak mungkin mengorbankan Rafa, sahabatnya sendiri.

Belum sempat berbuat apa-apa, Yasmin harus pulang ke Indonesia karena masa tinggalnya di Perancis sudah berakhir. Apa boleh buat, dengan membawa hati yang hancur, Yasmin pulang ke Tanah Air tanpa mengetahui nasib baik Rafa maupun Reno. Sesampainya di Jakarta, Yasmin mencoba menelepon Aqila. Sayang, tidak seorang pun mengangkat telepon dari Yasmin. Keruan saja ia bertambah khawatir teringat keselamatan Rafa dan Reno. Hingga suatu ketika, Yasmin bertemu Reno di Jakarta.




Model tudung Fareeda bakal tunang Fizo~





Betulke ini bakal tunang Fizo Omar? ada terbaca katanya model ni,namanya Mawar, inilah bakal pasangan hidup Fizo.. kalau betul baguslah, mmg ayu jelita sungguh Mawar ni kan.Mawar ni mmg familiar wajah dia sebab dia model tudung popular Fareeda. sumberhttp://beautifulnara.com/






Tak sanggup baca 'kanak² dirempuh kereta bapa'




Assalamualaikum readers, pagi² hari saya dah terkesima baca berita ni. Aduih aduih mmg tak sanggup baca sampai ending, tajuk kat Metro 'Main main bawa maut' betul buat saya menangis pagi ni, rasanya dah banyak kali berita macam ni keluar, tiap kali baca tu lah saya akan sedih sampai mengalir air mata. Ini semua pasal kecuaian, termasuk takdir yg telah tersurat.Tapi rasanya kalau kita lebih aware, prihatin, inshaallah perkara begini boleh dielakkan.Parents and family budak ni mestilah lagi bersedih hati atas apa yg berlaku kan, so saya doakan mereka akan tabah dalam waktu yang sama kita semua ibu bapa dan keluarga ambil iktibar.

Saya sebagai ibu dua anak, seorang berusia 4 tahun dan yg bongsu 2 tahun,memang sipi² ngan usia budak² dalam story tu, sebab tu saya terasa tak sanggup nak baca berita macam ni, alkisahnya~si abang usia 4tahun curi² ambik kunci kereta ayahnya, nak main drive².. yelah budak kecik tak cukup umur~ aka maksudnya tak sempurna akalnya, memang totally tak boleh nak salahkan bebudak nilah kan,apa yg diorang tahu,main,main dan main nak hepi² je kan.. so kita sebagai parents lah yg kena aware selalu 200~300% kannnnnnn kannn *





Cek dari Nuffnang dan Churpie dah sampai ~






Assalamualaikum readers.Alhamdulillah cek dah sampai. Ini cek ke4 dari Nuffnang dan cek ke3 dari ChurpChurp.Selalunya mmg  saya akan cashout mereka ni serentak,sebab senang cek sampai together gether gitew senang kiter nak kasik masuk machine  khenn,Inshaallah hujung bulan ni dah boleh buat sesi cash out lagi ^^



Thanks Nuffnang dan Churpie, and  lagi best  bila  Nuffnang  bagik duit merdeka raya yang tak henti² , CPUV  paling latest dapat semalam dan semuanya 6 CPUV sedang running , ahaks.. semua earning sederhana je sebab sekarang macam malas nak ping² entry bagai, tapi kira oraitlah takyah gagah² sangat..asalkan earning jalan dengan gumbira...kannnn terbaiklah sebab sepanjang bulan pose dan raya lepas CPUV credited lebih dari 10, betui² nuffnang nak bg duit raya, churpie pun gitew gak kebanyakan kempen kira 40sen,terbaeklah.




Till then, wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...