Buat 4 Majlis Kahwin Tema berbeza ~ Khairul Fahmi dan Leuniey






4 Majlis dengan Tema berbeza
PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.


Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.LAGI GAMBAR

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.


Menerima tajaan lebih RM300,000
Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.

“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.

ASTRO Penyiar Rasmi Majlis Perkahwinan KFCM
Semestinya peminat-peminat ikon sukan ini, tidak mahu ketinggalan mengikuti kesemua empat majlis yang bakal berlangsung, oleh itu pihak Astro bakal membawakan detik bersejarah ini kepada anda semua.

Menerusi Astro Ria, Akad Nikah Khairul Fahmi & Leuniey akan disiarkan pada Sabtu, 5 Januari 2013 jam 9 malam, diikuti Walimatulurus Khairul Fahmi & Leuniey Bahagian 1 pada Sabtu, 12 Januari 2013 jam 9 malam dan Bahagian 2 pada Sabtu, 20 Januari 2013.


Lebih istimewa, radio nombor satu Malaysia, ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale Bintang, Damansara.

Buat peminat-peminat stesen nombor satu di Pantai Timur, THR Gegar juga akan menyiarkan persandingan Apex di Kelantan, secara langsung. Kedua-dua stesen radio ini akan menjalankan kempen istimewa yang memberi peluang peminat penjaga gol Kelantan ini untuk hadir ke majlis bersejarah Apex.

Portal Murai.com.my turut mewarnai detik bersejarah kapten Skuad Olimpik Negara ini apabila tampil menjadi portal rasmi perkahwinan dengan menerbitkan program online istimewa dengan kerjasama LH Media yang menjadi sinematografi rasmi majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan ini.
sumber MetroOnline

ENTRY BERKAITAN :

3 comments:

  1. wahhh banyak tajaan tu..
    sama cantik same padan dorang ni..

    ReplyDelete
  2. Sama cantik dan sama padan. Mudah-mudahan bahagia selamanya.

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...