Ayat yang mengharukan ~


Pagi ni kemas meja tulis anak anak,saya terpandang kertas atas meja yang mereka main drawing,coloring n tampal tampal petang semalam. Biasanya memang ayah sufi dan syamim suka belikan kertas putih besar saiz meja tulis utk diorang gunakan..satu kertas boleh share  2 orang, satu hujung kanan dan satu hujung kiri. Bukan nak stori ape, saya terbaca satu ayat ' ibu beli kasut baru'  ... rasa nak menitis airmata tengok ayat skema yg macam tiada makna apa ni, tapi saya terharu sebab macam tersedar, anak dara 5 tahun saya dah pandai menulis,buat ayat pula tu... malam tadi dia ada cakap, 'bubu,sufi dah pandai tulis tau apa yg ibu shoping' ... 


Anak, macam baru beberapa bulan lepas lahirkan diorang ni..kita nak cepat merdeka bila breastfeeding diorang..biasalah banyak perlukan pengorbanan  kan waktu membesarkan diorang ni..kita nak diorang cepat berak kencing di toilet..mandi sendiri... kita nak diorang cepat besar dan berdikari...TAPI  dalam hati ada taman..sebenarnya mereka sentiasa baby dalam hati seorang ibu...


Tahun ni daftarkan juga Sufi  kelas PraTahfiz, takpelah walau waktu kelas jadi lebih panjang, dengan harapan dapat membantu sufi memahami cara solat dan membaca al-quran dengan lebih lagi.Kalau sebelum ni kami ajar membaca guna buku Iqra', sekarang dah bertukar ke buku Nurul Quran, saya lihat Sufi lebih senang faham buku yang  baru ni, sebab hurufnya lebih besar dan bewarna warni.. siap ajarkan adik syamim lagi..jadi anak solehah  ya Sufi Insyirah,ameen.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...