Cerita di sebalik topeng ~ mangsa kebakaran kereta bawah tanah 25 tahun lalu akhirnya bercakap untuk pertama kalinya.





Keberanian disebalik topeng



Mangsa kebakaran King Cross yang wajahnya terbakar  dalam api 600C ,juga yang mengorbankan 31 yang lain,akhirnya  bercakap untuk kali pertama setelah 25 tahun berlalu.MORE VIDEOS


Muka dan wajah  Kwasi Afari Minta  telah melecur dan terbakar sepenuhnya pada kejadian itu.Berusia 58-tahun kini , kebakaran itu menghancurkan wajahnya setelah bola api yg besar melanggarnya.


Beliau adalah mangsa yang paling teruk dibakar apiKing Cross selepas mukanya cair dan jarinya pula terlekat antara satu sama lain.


 'Saya rasa bertuah'. kata Kwasi Afari Minta  kerana masih hidup sehingga hari ini.


Kebakaran pada 18 November 1987, mengorbankan 31 orang dan mencederakan lebih 60 yang lain.


Beratus-ratus telah terperangkap di bawah tanah , asap hitam memenuhi  terowong membuat orang ramai panik, menjerit dalam ketakutan, berhimpit di dalam kereta api automatik  tanpa henti.

Mereka yang berjaya untuk terus hidup seperti keluar daripada relau dibawah tanah.Kwasi adalah salah satu yang terselamat, tetapi dia telah merasakan kesakitan sejak itu.


Ikuti cerita sebenar yang berlaku
25-tahun-lalu , beliau dalam perjalanan pulang dan menunggu untuk kereta api bawah tanah di stesen King Cros London apabila kebakaran meletus dan dia  terperangkap.





Kesan dari kebakaran itu  kelopak matanya cair dan bibirnya telah musnah.Jarinya cacat -  sebagai pemuzik itu sangat meremukkan hatinya.Dia terselamat hanya selepas penumpang  lain mengoyakkan pakaiannya dari terus terbakar.


Kwasi menghabiskan enam bulan di hospital, memakai topeng untuk menjaga kulit lembap manakala mukanya sedang dibina semula.





Beliau telah bertahan 30 pembedahan selama  25 tahun, prosedur yang telah menyebabkan penderitaan yang besar kepadanya.Dengan tangan beliau seperti 'badut' kesakitan yg dialami setiap kali mahu mengatup matanya,membuatkan semangatnya sering luntur.


Tetapi walaupun azab itu, dia masih menganggap dirinya sebagai 'salah seorang  yang bernasib baik'.
sumber http://www.dailymail.co.uk


No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...