Kebaikan susu ibu ~ faedah kepada ibu dan bayi anda.





Assalamualaikum readers, hari ni saya rasa nak tulis entry We Support Breastfeeding ~  saya ingin zahirkan pendapat dan cerita peribadi saya mengenai ibu dan anak yang menyusu badan.Saya bukanlah SOMEBODY yang terkenal atau pakar dalam isu ini,tapi saya hanyalah SURIRUMAH sepenuh masa , ibu beranak dua ,sepasang berusia 2tahun 11 bulan dan si anak lelaki berusia 1 tahun 2 bulan.

Firman Allah SWT maksudnya :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Bangganya,saya nak kongsikan saya adalah ibu yang menyusukan badan untuk anak-anak saya , matlamatnya sehingga cukup 2 tahun,Inshaallah. Dulu anak pertama juga ada niat begitu,tapi tidak kesampaian kerana Sufi Insyirah ,anak saya hanya sempat susu badan 1 tahun genap ~ kerana saya dah hamil anak kedua pada masa tersebut.Hampa la juga tapi semua dah ketentuan Allah SWT.


Jadi anak kedua Syamim Izzuddin,azam utk cukupkan 2 tahun menyusu badan Inshaallah BOLEH. Apa saya nak kongsikan disini adalah, bukan sebab saya suri rumah ~ tetapi saya bukan jobless kerana saya masih terlalu byk kerja utk dilangsaikan hatta duduk dirumah walaupun tidak kerja makan gaji  ~  kita ibu zaman  sekarang byk kerja sampingan wajib dilakukan utk menambah income.ANDA WAJIB SETUJU .



Bukan sebab saya surirumah maka saya ada masa utk menyusukan anak sepenuhnya, para ibu yg berkarier, kerja sepenuh masa makan gaji juga SANGAT BOLEH menyusukan badan. Ini sebenarnya terpulang pada kehendak masing-masing ~ samaada keperluan anak dijadikan kewajiban ATAUPUN kehendak diri sendiri dijadikan ALASAN. Fikirkan ibu-ibu, anda lebih tahu kehendak sendiri,alasan sendiri.

Saya berasa kasihan pada bayi yg tidak mendapat secukupnya susu ibu dengan pelbagai alasan. Kalau kita bukan ibu EDUCATED,ibu  yang tidak belajar tinggi,maka carilah ilmu itu sendiri dengan pelbagai medium yg tersedia sekarang.Jangan tempurungkan minda anda. 

Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu Bukti Kebenaran Al-Quran



"Saya terkesan dengan satu peristiwa yg berlaku di persekitaran saya. Ibu beranak lima,masih muda seperti saya,tidak bekerja pula. Tapi kelima-lima anaknya tidak pernah pun merasa susu badan,dengan alasan susu badannya tidak keluar ~ Masyaallah, alasan apakah ini. Sehari dua di hospital boleh pula breastfeeding utk bayi dek dipaksa nurse, susu boleh pulak keluar?

Pada masa dalam pantang pula , saya saksikan bayinya sudah disuap dengan cereal bayi! bayangkan, katanya anaknya selalu menangis kerana lapar,susu botol tak mencukupi, FIKIRKAN sini,sudahlah  susu badan sendiri Allah dah beri percuma utk kita sedekah pada anak yang tercinta, tak sampai pada anak tersebut,inikan pula bayi yang sewajarnya mula makan pada usia 6 bulan, tapi sudah disuap pada usia 1 bulan .Apakah ini? 

Untuk pengetahuan juga,saya mendapat tahu anak pertama dan keduanya mengalami masaalah Obessiti yg agak serius sehingga terpaksa merujuk pada Pakar.FIKIRKAN lagi sedalamnya agaknya kenapa masalah obessiti boleh berlaku dalam usia terlalu muda. Ini fakta Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk."



Jika tiada ilmu,carilah ilmu itu,bila ada pihak memberi ilmu,berbesar hatilah untuk menganalisisnya,baca dan sentiasa carilah ilmu untuk kebaikan anak kita.Jangan susahkan anak kita,hanya kerana itulah amalan hidup keluarga kita turun temurun ~ ubahlah mana yg perlu utk kebaikan hidup kita.Dahulu,ibu bapa kita sudah cuba memberi yang terbaik utk kita ~ kita teruskan mana amalan baik itu ~  jika ia sememangnya baik!

Khasiat dan Kebaikan susu ibu

Anak-anak saya sangat rapat dan manja dengan saya,bapa dan keluarga kami.Kedua nya juga sudah pandai berjalan seawal usia 10 bulan, tidak banyak karenah,tidak menghisap puting dan tidak memerlukan buaian untuk tidur.Jarang sekali meragam di tengah malam, ini diakui sendiri mak saya dan mak mertua saya.Bukan berbangga tapi bersyukur kerana dikurniakan anak mudah diasuh ~ mungkin ini salah satunya faedah menyusukan badan dengan penuh rasa ikhlas.Ini saya kongsikan dengan semua untuk kebaikan bersama.

Ketahui Khasiat dan Kebaikan susu ibu saya kongsikan dari http://portal.alamhamil.com/

  • Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

  • Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

  • Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

  • Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

  • Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

  • Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula
Sharing is caring, till then , wassalam.

Kebaikan susu ibu, faedah susu ibu kepada ibu dan bayi anda, we support breastfeeding, kelab susu ibu, Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu Bukti Kebenaran Al Quran, tips pemakanan semasa menyusu badan, 

3 comments:

  1. Good info. Smoga niat kita utk menyusukan anak hingga usia 2 tahun tercapai, in shaa allah.

    ReplyDelete
  2. tq da info imie..,
    mudah²an anak² kite dikurniakan rezki susu sehingga 2 tahun kan, Amin

    ReplyDelete
  3. Susukan Adriana about 3months aje...sedih tau sebab dia sendiri yang taknak :(

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...