Chef Riz mengaku sudah ceraikan Ana Dahlia!




Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia pada 1 Disember tahun lepas di Taiping, Perak hanya tinggal kenangan

KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam. BACA LAGI DISINI

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.



Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.


Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.
sumber http://www.kosmo.com.my

BACA INI JUGA :

gosip artis, hiburan, Ana Dahlia dan Chef Riz bercerai, 

1 comment:

  1. hurmm kawin terlalu cepat? sorry to say la me & my hubby kawin after 10 bulan kami kenal..bulan 5 couple, bulan 11 bertunang then bulan 2 nextyear nya kami kahwin...jangan la salahkan takdir ALLAH...:( kesian tengok orang jahil sangat ni!

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...