Assalamualaikum readers.Halluuu pada semua guest yang singgah blog saya,pada silent readers yg sudi follow saya juga,terima kasih ea, dengan rasa rendah diri saya publish gambar Kek Lobak Diana Danielle eheh lucunya,ni kan sempena si Cantik dan si Kacak tu kahwin, lagipun entry nikah diorang telah menyumbang peningkatan pageviews ke blog saya, sukenya.Dapatkan resepi DISINI jangan malas mencuba,rasanya sangat best.
Kek Lobak Simple tapi sedap sangat!
Hehe honestly,ni percubaan pertama buat kek lobak,ni pun prepare yg paling simple, byk takde ingredients nya. Semalam lepas baking Kek Oren Lembab , petang bawa ke malam tu kami keluar bawa anak-anak ke playground terus belikan anak-anak almari baju.
Kemudian plan nak ke Muzium Helah i-City memandangkan masuk pun tengah FOC , tapi bila dah keluar tu mmg gerimis mengundang terus hujan tak henti.Tak jadilah pegi i-City,lagipun jalan masuk dia kami lalu dah jam sangat-sangat,termasuk ada kemalangan kecil.Yelah paham-paham aje ari minggu mmg crowded lah i-city tu sementelah ada tarikan baru.
Sebelum balik, kami sempat makan di Gerai Nasi ayam Pak Mal Sek 11 yg memang thumbsup,nampak je simple Nasi ayam dia , tapi si suami selalu menambah lauk ~ sedap la kan kalau semua 'surat khabar' pun kata sedap.Kat situ mmg dari zaman kami single tengah berdating itulah dia tempat makan feveret.
Malam terus bakar kek Lobak.Harum sangat bau dia sebab ada campuran serbuk kayu manis.Mmg tak sabar nak rasa,sebab selalu orang kata sedap kan,so bila dah kuar oven tu..mak aii.. tak sabar,berasap-asap terus potong ~ serius sedap, suami dan anak-anak sangat suka! Cubalah.
Bahan-bahan
4 biji telur besar
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum di ayak
1 sudu kecil soda bikabonate di ayak
1 1/2 sudu kecil baking powder di ayak
sedikit serbuk kayu manis
1 cawan minyak jagung
2 1/2 cawan carrot di parut ( 340 gm )
1 cawan walnut
sedikit garam
sedikit esen vanilla
Cara-cara
Putar gula dan telur hingga kembang dan gebu
Masukkan minyak jagung
Masukkan tepung bercampur baking powder dan soda bikabonate dan serbuk kayu manis
Masukkan walnut
Akhir sekali masukkan secubit garam dan lobak merah ~ kaup balik sahaja
Masukkan adunan ke yang telah di gris kan dan bakar kek selama 1 jam @ lebih
Till then,wassalam.
resepi kek, resepi kek lobak gebu, resepi kek lobak mudah dan sedap, carrot cake
memang nampak sangat sedap...
ReplyDeletesuka carrot tapi carrot cake tak minat sangat :P kehkeh kalo bgi cheesecake haa mmg hantu!
ReplyDelete