Rumpai Laut Kolagen ~ Kebaikan dan cara penyediaannya.





Cuti hari Krismas selasa lalu saya sempat singgah rumah abang dan kak ipar di Sungai Besar, langkah kanan la kan..dah lama memang berangan nak beli Kolagen Rumpai Laut..menyinggah umah diorang murah rezki dapat Kolagen rumpai laut FOC dari Sabah katanya. Mmg agak mahal kalau beli online,katanya grab terus di Sabah banyak murah lo...so ni mulalah google cara penyediannya dan khasiat serta kelebihan  Kolagen Rumpai laut. Katanya inilah dia rahsia kejelitaan kulit masyarakat China, Korea dan Jepun,betui kaaa?  Pinjam entry ni dari https://www.facebook.com/AuraRyazCollections.


KOLAGEN RUMPAI LAUT

Khasiat Rumpai Laut

Nilai-nilai nutrisi 10x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk)
Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit)
24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang2
PH bernilai 7.6
KALSIUM- 37x lebih tinggi daripada hati ikan.
ANTIOKSIDA – 55Ox lebih kuat dari vitamin C.
VITAMIN A – 40x lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
PROTEIN – 21x lebih banyak dari susu.
OMEGA 3 DAN OMEGA 6 – 2326x lebih banyak dari ikan.
Tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium,zat besi, magnesium, iodine, potasium,vitamin B6,B12,C,A,omega 3 dan antioksidanKaya dengan OMEGA-3 yang akan membuat kulit KENYAL dan KENCANG
Penuh dengan KOLAGEN
Kandungan SERAT yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
Kandungan IODINE yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang
Sudah diiklankan dalam rancangan NONA 20 mei 2012 (pada yang sempat tonton lah)

Kelebihan Rumpai Laut

Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
Anti-bakteria, membuang TOKSIN
Menghilangkan SEMBELIT
Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM
SELULIT dan JERAWAT
Membantu meningkatkan METABOLISME
Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
Melembutkan TUMIT KAKI merekah
Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
Meningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
Mencegah KANSER/TUMOR
Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
Mencegah ANEMIA
Memberi Kekenyangan/DIET
Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
Memberi TENAGA



Kaedah Penyediaan

Basuh rumpai laut tuh bersih - bersih, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
Rendam semalaman. Tukar air 2 - 3 kali.
Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
Campur dengan 2.5 liter air kosong (untuk 100gm rumpai laut) ke dlm periuk utk direbus selama 15-20 minit
Selepas mendidih biarkan ia sejuk ke dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti ais (bukan diruang sejuk beku)

Cara Pengambilan

Selepas bangun tidur (jangan gosok gigi lagi) dan sebelum tidur (Pastikan perut kosong)
3 sudu besar setiap kali makan.
Boleh dimakan begitu saja atau
Campur / bancuh dengan air minuman kegemaran atau
Bancuh bersama air suam dan 1 sudu madu

Cara membuat masker

Cuci muka dengan air suam 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
Lagi elok kalau diwapkan dengan wap air panas/suam
Campurkan gel kolagen tadi dengan bahan berikut :
Kulit Normal - Campur kolagen dengan madu
Kulit Kering - Campur kolagen dengan jus lemon @ susu tepung
Kulit Berminyak - Campur dengan buah tomato yang masak ranum

Anda akan rasa kulit LEMBAP, LICIN, GEBU, CERAH dan TEGANG walaupun hanya dengan pemakaian masker yang pertama kali......

Siapa yang boleh makan kolagen ini

Wanita dan lelaki
Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 4 bulan keatas shj). Ibu rasa bertenaga dan tidak mudah letih
Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi.
Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia bersifat sejuk.


TIPS

Jangan minum kopi, nescafe, teh, berkarbonat atau minuman yang tinggi kandungan kafein Selepas mengambil kolagen sekurang-kurangnya 3 jam
Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum dan cepat
Banyakkan minum air kosong 2.5 - 3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan memaksimakan penyerapan kolagen oleh badan.

Makanya,wajiblah saya nak mencubanya,manalah tahu Allah nak bagi bertambah sihat dan cantik selepas makan rumpai laut ni kan.. belum cuba belum tahu wokey...so silakanlah wanita2 diluar sana tu jika berminat, menjaga kesihatan dan kecantikan untuk suami apa salahnya kan..untuk meningkatkan darjah keyakinan diri juga peratus kecintaan suami pada kita...wajib SETUJU hokey..till then wassalam.

KOLAGEN RUMPAI LAUT, kelebihan dan khasiah rumpai laut kolagen,harga rumpai laut kolagen,cara penyediaan rumpai laut kolagen,rumpai laut kolagen untuk cantik dan sihat,tips makan rumpai laut kolagen, tips sihat dan cantik, pure marine collagen

3 comments:

  1. hrap flw blk :) http://mimque.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kalau nak order rumpai laut, mai la singgah blog saya http://kolagena.blogspot.com

    GRED AA: RM23/KG
    GRED AAA: 27/KG

    ReplyDelete
  3. Gres AAA 27 sekilo tu termasuk kos penghantaran?

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...