Daging salai masak lemak cili api bersama terung.




Assalamualaikum readers. Last week aidil adha, si suami rajin jadi tukang potong daging kat kampung sebelah mak bapak saya.Al kisahnya, si para suami merajinkan diri bersosial di surau meraikan korban, si para isteri duk melepak2 bergosip sesama keluarga,kan jarang bertemu..kebetulannya malam ahad tu my family buat kenduri doa selamat ~ jadi inilah masanya berkumpul.

Esoknya, adegan balik umah cam biaselah kan..mengangkut daging berbondong..kalau tak hengat peti sejuk yg comel lote tu dah tentu berkilo-kilo lagi saya nak angkut balik..heheh tamak.INSAP. " rakyat afrika ramai mati kebuluran " tsob tsob..adakah ai tak menghayati makna raya korban? gulppp~

Daging salai masak lemak cili api bersama terung.


Jadinya,menu malam tadi  adalah daging salai masak lemak cili api,oleh kerana ada terung bergolek-golek dalam peti ais,saya pun dengan senang hati mengcombine terung dengan daging masak lemak..ishk isk..si suami memang tahu semalam hari saya malas memasak.So makan dengan nasi panas memang sedap sangat..poyos~

Yang sebenarnya daging salai ni lebihan saya masak Beef Steak hari sebelumnya,banyak tak abis,jadi arini saya potong kecil-kecil utk masak lemak ~ dah jimat dan selamat tak terbuang. Semalam masak Beef Steak bodo-bodo je..tapi si suami balik keja sambil bawa pulang sup daging dan Nasi beriani ayam masak tomato,adeii tak terlayan sgtlah beef steak saya.Takpelah..arini dah boleh masak menu lain pulak.


ape ni? asyik gambar same jer? ngeeee cubalah,kalau letak ulam pegaga sekali pun sedap kot..tapi pegaga dalam pasu belakang dapur comel2 lagi sayang nak cabut..tunggu gemuk skit.


Resepi Daging salai masak lemak cili api bersama terung.

Bahan-bahan

- 500g daging disalai dan dipotong kecil
- 1 biji bwg besar
- 5 ulas bwg putih
- 4 sb serbuk kunyit
- 10 biji cili padi [ikut suka nak pedas tahap mana]
- 2 btg serai dititik
- santan drpd 1 biji kelapa
- sekeping asam keping
- garam + perasa + gula
- air secukupnya
-Terung dipotong panjang [ikut suka]

Cara-caranya

- kisar halus bwg merah ,bawang putih dan cili padi
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
- Masukkan serbuk kunyit , serai dan asam keping
- Masukkan daging , masukkakan terung
- Tambah garam + gula + perasa
- Masukkan sedikit air jika mahu 
- Masukkan santan pekat dan kacau hingga masak.


Till then,wassalam.

Daging salai masak lemak cili api , resepi  masakan daging Daging salai masak lemak cili api ,daging korban

1 comment:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...