Saksikan siaran langsung Majlis perkahwinan Dato Lee Chong Wei di ntv7





ntv7 Dapat Hak Siar Kahwin Lee Chong Wei Percuma



PETALING JAYA: Jaguh Badminton negara Datuk Lee Chong Wei akhirnya membuat keputusan menyerahkan hak penyiaran eksklusif majlis pernikahannya dengan Wong Mew Choo kepada stesen televisyen ntv7 tanpa menuntut bayaran sesen pun.LIHAT VIDEO SINI


Chong Wei yang sebelum ini mahu menjual hak penyiaran itu kepada Astro telah berubah hati selepas memikirkan hubungan baiknya dengan stesen itu yang terjalin sejak sekian lama.


“Saya memutuskan untuk memberikan (hak penyiaran) kepada ntv7 secara percuma. Hidup tidak semestinya dengan wang,” katanya kepada portal redcarpet.net.my.


Chong Wei akan bernikah dengan bekas pemain perseorangan wanita negara, Mew Choo pada 9 dan 10 November depan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini.


Beliau berkata, apa yang diinginkan “hari besarnya” itu akan berjalan lancar serta diberi keberkatan supaya keluarga, kawan-kawan serta tetamu dapat meraikannya dengan gembira.


Sehubungan itu beliau telah menyenaraikan pasukan petugas ntv7 serta beberapa tetamu jemputan lain seperti VVIP, keluarga, kawan-kawan serta pihak media untuk hadir pada hari berkenaan.


Ditanya bagaimanakah persediaan perkahwinan yang semakin hampir beliau berkata, pakaian sut yang ditaja oleh Lord’s Taylor amat menarik dan paling digemarinya.

Selain sut berkenaan, Chong Wie akan turut memakai pakaian tradisional Cina berwarna merah iaitu “Tong Chong” yang dibuat daripada sutera China untuk majlis jamuan teh pada 9 November.


Peminat-peminat beliau boleh menyaksikan majlis resepsi perkahwinan itu menerusi ntv7 pada kedua-dua hari bersejarah tersebut yang akan disiarkan secara langsung bermula pukul 8.30 malam. 



Lord's Tailor taja sut Chong Wei

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal menggayakan sut rekaan butik pakaian formal lelaki terkemuka tanah air, Lord's Tailor sempena majlis perkahwinannya pada 9 dan 10 November ini.Pengarah Urusan Lord's Tailor, Liew Lee Lee berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana dapat menaja sut perkahwinan buat Chong Wei yang telah menjadi pelanggan mereka sejak beberapa tahun lalu.


"Ia merupakan satu penghormatan buat kami (Lord's Tailor) kerana diberi peluang menaja sut buat Chong Wei.

"Kami juga menaja sut untuk ahli keluarga Chong Wei pada majlis resepsi yang bakal berlangsung selama dua hari nanti," kata Lee Lee kepada pemberita ketika Chong Wei hadir pada sesi mencuba sut tersebut di butik mereka di Kompleks Beli Belah Bangsar semalam.


Antara nama-nama besar yang pernah menggayakan rekaan Lord's Tailor ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pereka kasut terkenal negara, Datuk Jimmy Choo selain selebriti Hollywood, Mel Gibson.


Chong Wei yang hadir tanpa ditemani bakal isterinya yang merupakan bekas pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo semalam mencuba beberapa sut yang direka khas untuk dirinya.

Menurut Lee Lee, Chong Wei akan menggayakan empat pasang sut rekaan Lord's Tailor yang menggunakan fabrik berjenama Dormeuil dari Perancis.


"Kami memilih jenama Dormeuil kerana fabriknya sangat unik dan jenama-jenama antarabangsa yang lain tidak memiliki fabrik seperti ini. Ia dibuat daripada bulu (wool) dan gabungan kain sutera.


"Chong Wei telah memilih empat warna untuk sut yang akan dipakainya iaitu putih, perak, kelabu dan biru," kata Lee Lee yang mendedahkan bahawa sepasang sut tersebut berharga kira-kira RM5,000.


Tambah beliau, Chong Wei juga akan menggayakan baju tradisional masyarakat Cina (Tong Chong) rekaan butik tersebut bagi majlis minum teh.


"Adalah suatu yang menyeronokkan apabila dapat bekerjasama dengan Chong Wei.


"Dia tahu apa yang dimahukannya. Dia memberitahu bahawa dia mahu sut yang menampakkan dirinya muda dan dinamik," tambah Lee Lee yang yakin ke semua sut Chong Wei akan siap pada 6 atau 7 November ini.


Majlis resepsi perkahwinan Chong Wei berlangsung dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Saksikan siaran Langsung perkahwinan Dato Lee Chong Wei di ntv7,lords tailor taja sut dato' lee chong wei,perkahwinan lee chongwei, Gambar kahwin Lee chong Wei dan Wong Mew Choo, , Gambar Pra perkahwinan Dato Lee Chong Wei, 

No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...