Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

Bayi kembar 6 ~ boleh bayangkan keriuhannya ?




6 bayi menangis serentak... anda boleh gambarkannya? 


Satu pasangan yang melahirkan kembar enam atau 'sextuplets' pada tahun 2010 telah menjadi bintang inspirasi sebuah program televisyen realiti baru kerana mereka mengimbangi kehidupan perkahwinan, bekerja bersama-sama  membasarkan enam anak kembar dalam situasi yang sangat mencabar.


Mia dan Rozonno McGhee, dan enam kembar mereka kegembiraan setelah  popular di internet,selepas Mia menyiarkan gambar di Facebook dan kemudian mereka diminta untuk muncul di program bual bicara paling popular di dunia ~ Oprah.Ibu bapa ini mendedahkan yang ia benar-benar sukar untuk melalui kehidupan dengan enam kembar sekaligus. sumber http://www.dailymail.co.uk







haaa meriah kan 



Pasangan 'bulan madu' antara penumpang pesawat MH370




PASANGAN pengantin baharu, Mohd Razahan Zamani, 23 dan Norli Akmar Hamid, 33, adalah antara 38 penumpang rakyat Malaysia dalam pesawat MH370 yang dilaporkan hilang. Pasangan itu dipercayai ke Beijing untuk berbulan madu.Sama-sama kita berdoa agar semua penumpang yang terlibat selamat ditemui.






Pasangan pengantin remaja ini akhirnya bercerai~


mohd. fahmi dan Fazira ketika saat bahagia mereka 
selepas dinikahkan di Padang Serai, Kedah tahun lalu.

Dua remaja yang pernah menggemparkan negara kerana berkahwin muda mengumumkan mereka telah pun bercerai dengan talak satu kerana tiada persefahaman lagi antara mereka.

Mohd. Fahmi Alias, 19, dari Kampung Naga Lilit di sini mengakui usia rumah tangganya tidak sampai setahun apabila mengesahkan dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nor Fazira Saad, 13.

Lelaki yang bekerja kebun bersama bapanya itu berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan Fazira yang ketika itu berusia 12 tahun.

“Jodoh kami tidak panjang, tidak sampai setahun. Saya ambil dia cara elok jadi saya lepas cara elok," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, kes rumah tangganya menjadi runcing kerana ada pihak lain cuba memporak-perandakan rumah tangganya mereka setelah isterinya mula bekerja di pekan Padang Serai.

“Dulu saya pernah berjanji untuk bertanggungjawab malah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik tetapi keadaan menjadi sebaliknya,” katanya.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November tahun lepas. sumber http://www.kosmo.com.my




Berebut beras sampai mati


MAYAT mangsa ditarik melintasi jalan raya di Tacloban ke dikumpulkan di tempat lain semalam.
8 mangsa Haiyan maut berebut beras
Tacloban: Keletihan dan kelaparan mendorong mangsa taufan Haiyan saling berasak-asak menyerbu gudang beras menyebabkan lapan orang terbunuh, lapor media semalam.

Menurut berita tempatan, mereka berebut-rebut mahu mendapatkan bekalan makanan dari gudang beras milik kerajaan menyebabkan satu daripada dindingnya runtuh. 

Pegawai Pihak Berkuasa Makanan Kebangsaan, Rex Estoperez berkata, kejadian berlaku di bandar Alangalang, 17 kilometer Tacloban yang terjejas teruk. 

“Semua lapan mangsa terbunuh serta-merta akibat kecederaan parah,” katanya, semalam.

Insiden berkenaan menambahkan lagi bilangan mayat yang terpaksa ditangani petugas yang kini berdepan ribuan korban taufan berkenaan.

Sementara itu ribuan lagi mangsa semalam berasak-asak dan merayu dibenarkan menaiki beberapa pesawat udara yang ada untuk keluar dari bandar yang terjejas teruk akibat taufan Haiyan. 

Mereka juga dilaporkan berang kerana bantuan yang ditunggu lewat tiba di zon bencana. 

Di Lapangan Terbang Tacloban, wartawan menyaksikan mangsa yang keletihan dan kebuluran saling bertolak-tolak antara satu sama lain untuk menaiki pesawat udara untuk keluar dari bandar itu. 

Lima hari selepas taufan Haiyan meranapkan kehidupan seluruh masyarakat tepi pantai, keadaan di Tacloban, ibu negara wilayah Leyte semakin buruk apabila bekalan asas kian habis dan penduduk pula kian terdesak. 

Doktor berkata penduduk setempat sangat panik apabila tiada bekalan makanan atau minuman yang boleh digunakan. sumber http://www.hmetro.com.my


Wajah Suspek kes bunuh pegawai JAIP





KUANTAN: Polis mula mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malek sebentar tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah Ahmad Raffli.

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan, tadi.

Beliau berkata, lakaran itu 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

"Suspek bertubuh sasa, berkulit sawa matang, rambut dan misai beruban.

"Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunya maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 095132222 atau bilik gerakan IPD Kuantan di 095142999," katanya.
sumber http://www.hmetro.com.my






Polis arah pengikut 'Tuhan Harun' serah diri.



Gambar tuhan harun yang  pernah ditangkap JAIP
sebelum ini kerana disyaki mengetuai ajaran sesat

Kuala Lumpur: Polis menasihatkan 31 pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, di rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis meminta 31 pengikut ajaran berkenaan tampil menyerah diri bagi membantu siasatan sebelum polis mengesan dan menangkap mereka. 

Menurutnya, polis akan melihat daripada semua sudut siasatan kes berkenaan untuk melihat jika mangsa mempunyai musuh atau sebaliknya dan pasukan khas sudah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut. 

“Kita akan mengesan semua individu diperlukan bagi membantu siasatan termasuk 31 pengikut ajaran Tuhan Harun dan mereka dinasihatkan menyerah diri bagi membantu siasatan.

“Polis mengambil serius dan bimbang jika kumpulan ajaran sesat itu boleh bertukar menjadi kumpulan militan dan polis sentiasa memantau perkara itu,” katanya ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, semalam. 
sumber http://www.hmetro.com.my



Taufan Haiyan Filipina ragut 10 ribu nyawa.





Tacloban: Sehingga 10,000 dipercayai maut di satu bandar di Filipina selepas ribut terburuk direkodkan di negara itu membawa angin kencang dan ombak kuat yang memusnahkan rumah serta sekolah.

Mayat bergelimpangan di atas pokok dan jalan manakala orang ramai berebut-rebut mencuri makanan, air serta bahan bakar di kedai runcit serta stesen minyak.

Pihak berkuasa menganggarkan kadar kematian meningkat apabila gerakan mencari dan menyelamat sampai di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh. 

Taufan Haiyan adalah bencana alam paling buruk melanda Filipina, negara yang sering berdepan ancaman gempa bumi, gunung berapi dan ribut taufan.Haiyan membadai kawasan timur kepulauan Filipina Jumaat lalu sebelum menghala ke arah Laut China Selatan melalui kepulauan tengah dengan kekuatan angin 235 hingga 275 kilometer sejam (kmsj) serta ombak setinggi enam meter.

Tahap kemusnahan hanya dapat dilihat sepenuhnya semalam dengan Pulau Leyte dikenal pasti yang paling teruk dibadai taufan itu apabila 10,000 dikhuatiri mati di Tacloban saja. Ratusan lain turut dipercayai mati di kepulauan berhampiran.

“Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang kami melihat banyak mayat yang ditutup dengan pelbagai benda termasuk papan kadbod dan penutup siling,” kata Mila Ward, 53, yang menunggu di lapangan terbang Tacloban untuk menaiki pesawat tentera pulang ke Manila.

PERSISIRAN pantai di Tacloban, Leyte,
dipenuhi rumah dan bangunan yang musnah dipukul Taufan Haiyan.

Menurutnya, dia melihat lebih 100 mayat sepanjang jalan itu.

Orang ramai dilihat menangis sambil menarik mayat anggota keluarga mereka dari kediaman yang musnah. Satu bangunan besar juga dilihat hanya tinggal rangka manakala sisa-sisa pokok dan sampah-sarap berteraburan di sekitarnya.

Lapangan terbang di Tacloban, 580 kilometer (km) di tenggara Manila, turut dipenuhi sampah, kereta yang terbalik dan bumbung bangunan yang diterbangkan angin memasuki pekarangannya.

Tingkap di menara lapangan terbang itu juga hancur manakala helikopter tentera dilihat terbang keluar serta masuk membawa bantuan.

Rumah penduduk sepanjang jalan memasuki Tacloban juga musnah sepenuhnya.

“Semua sistem menandakan kehidupan moden - komunikasi, tenaga dan air - tidak boleh digunakan. Tiada langsung cara untuk berhubung dengan mangsa,” kata Setiausaha Dalam Negeri Mar Roxas selepas melawat Tacloban, kelmarin.

Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.

Ia dijangka melanda Vietnam, hari ini.- sumber http://www.hmetro.com.my




Untung penyampai TV jadi Ratu Cantik!





Moscow: Penyampai televisyen berusia 25 tahun dari Venezuela, Gabriela Isler kelmarin dimahkotakan sebagai Miss Universe di Moscow dalam upacara gilang-gemilang.

Hakim, termasuk bintang rock Steven Tyler daripada kumpulan Aerosmith memilih pemenang itu daripada sejumlah 86 peserta dalam acara pertandingan terbabit yang ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia. 

Pemenang tahun lalu Olivia Culpo memakaikan mahkota berlian di kepala Gabriela yang mengenakan gaun malam bertatahkan batu permata perak. 

Olivia sebelum itu tampil di pentas memakai baju renang putih yang bertatah berlian, delima dan zamrud yang dikatakan penganjur bernilai AS$ 1 juta (RM3.17 juta).

“Baju renang itu dibawa dengan kawalan keselamatan 24 jam seminggu,” komen pengacara bersama Thomas Roberts, penyampai televisyen Amerika.

Gabriela turut menggayakan baju renang sama semalam. Roberts yang menjadi pengacara bersama pertandingan akhir ratu cantik itu bersama bekas kumpulan Spice Girl, Melanie Brown mendedikasikan acara itu kepada mereka yang menjadi mangsa taufan di Filipina. - sumber http://www.hmetro.com.my



Luar tabie~Warga asing lepas nafsu pada patung wanita




Permaisuri: Sekumpulan lelaki warga asing dipercayai menjadikan alat boneka seks sebagai pemuas nafsu serakah susulan penemuan pelbagai alat perangsang seks dan anak patung menyerupai wanita dalam serbuan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah rumah kongsi di Kampung Telaga Putat, di sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu Mohd Shahrir Khalil berkata, pelbagai peralatan itu ditemui dalam sebuah kotak yang disembunyikan di salah sebuah bilik dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni di rumah kongsi berkenaan.


Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, seorang daripada penghuni mengakui semua peralatan seks itu miliknya dan turut digunakan rakannya yang lain bagi memuaskan nafsu masing-masing.

“Walaupun warga asing itu mengaku hanya akan mencari peralatan itu bagi memuaskan nafsu dan tidak membabitkan wanita, kita bimbang ia membahayakan anak-anak gadis tempatan di lokasi berhampiran jika dibiarkan berleluasa.

“Jika aktiviti tidak bermoral ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya kerana lokasi rumah kongsi ini begitu hampir dengan kawasan perkampungan.
sumber http://www.hmetro.com.my



Macam-macam ~ Motor hilang 46 tahun ditemui



motor hilang 46 tahun ditemui ~ gambar hiasan dari Google

Los Angeles: Pihak berkuasa melaporkan seorang lelaki dari Nebraska bakal mendapat kembali motosikalnya 46 tahun selepas kenderaan itu dicuri dari rumahnya.

Kastam AS berkata Isnin lalu motosikal Triumph Tiger 100 1953 berwarna hitam dan biru itu ditemui minggu lalu di Pelabuhan Los Angeles untuk dihantar ke Jepun dengan nilai disenaraikan sebagai AS$9,000 (RM29,000).

Ketika dilaporkan hilang pada Februari 1967, motosikal itu bernilai AS$300 dan tidak diinsuranskan.

Peronda Lebuh Raya California akan memulangkan motosikal itu kepada pemilik asalnya yang kini berusia 70-an di Omaha, Nebraska. Namanya tidak didedahkan.
sumber http://www.hmetro.com.my


Ngeri~ mati dihempap 100 cermin.



 warga Myanmar terbunuh selepas dihempap kira-kira 100 keping cermin

Muar: Seorang pekerja warga Myanmar terbunuh selepas dihempap kira-kira 100 keping cermin seberat hampir dua tan ketika memunggah cermin berkenaan di belakang sebuah kedai di Jalan Sakeh di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa, Thang Ngaih Lian, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan berehat di atas lori tiga tan selepas memunggah kira-kira 350 keping cermin seberat 20 kilogram setiap satu ke kedai majikannya.

Bagaimanapun, kira-kira 100 daripada 150 susunan cermin selebar 3.6 meter persegi setiap satu yang masih berada di atas lori itu tiba-tiba tumbang lalu menghempap mangsa menyebabkannya terperosok dalam longkang.

Rakannya yang dikenali sebagai Ngai, 20-an berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan tidak sempat berbuat apa-apa untuk membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
sumber http://www.hmetro.com.my/



Baru belajar bertatih kaki dah retak



QUTBI menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun
Ipoh: “Arwah isteri sempat melihat anak kami bertatih dan berjalan sambil memanggil namanya walaupun baru berusia 11 bulan. Itulah kenangan manis terakhir kami,” kata Mohd Afendi Jusoh, 28, susulan kematian isterinya, Ila Nursalina Ali Amran, 28, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 50.5, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Isnin lalu.

Kemalangan itu menyebabkan bayi lelaki mereka, Qutbi Ajwad Mohd Affendi, berusia 11 bulan dan ibu Ila, Putri Saodah Megat Mat Dahlan, 59, cedera parah dan patah di beberapa bahagian badan dan kaki.

Lebih memilukan, anaknya, Qutbi yang baru belajar berjalan itu mengalami keretakan yang agak serius di dua bahagian kaki kanannya dan masih menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Mohd Afendi berkata, dia sebak setiap kali mengenangkan nasib anaknya yang kehilangan ibu pada usia yang masih kecil.

“Dia masih kecil dan baru belajar berjalan. Bukan saja kehilangan ibunya, malah kaki kanannya turut retak akibat kemalangan tempoh hari.
sumber http://www.hmetro.com.my



DUN Sungai Limau Kekal Milik PAS




DUN Sungai Limau Kekal Milik PAS

Mohd Azam Abdul Samat memenangi kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. 

YAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.

Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.

Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.

Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu.

Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.Sumber http://mstar.com.my/



Ratu Muslimah Dunia ~solehah, bijaksana, bergaya.






Assalamualaikum readers, harini baca surat khabar Kosmo , terbaca tentang Ratu Muslimah Dunia 2013, sangat menarik la saya rasa sebab taglinenya adalah  'solehah, bijaksana, bergaya' .

"Syukur kepada Allah yang Maha Besar. Penyertaan saya bukanlah semata-mata kerana pertandingan. Kami hanya mencuba untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu agama yang indah," kata Obabiyi Aishah Ajibola,gadis berusia 21 tahun itu ketika mendengar namanya diumumkan sebagai pemenang Ratu Muslimah Dunia 2013 yang berlangsung di Jakarta bulan lalu.

Obabiyi Aishah memperoleh hadiah wang bernilai Rp.25 juta (RM7,063.43) dan pakej pelancongan ke Mekah serta India. Wanita kulit hitam itu merupakan pelajar jurusan Perancang Bandar dan Wilayah dari Universiti Lagos di Lagos, Nigeria. Beliau menyifatkan penglibatannya dalam pertandingan tersebut sebagai tanggungjawabnya kepada wanita muslim seantero dunia.

yang menarik lagi  adalah , 

Sementara menunggu acara kemuncak dimulakan, peserta meredakan debaran dengan menunaikan solat dan membaca al-Quran.





Peserta Ratu Muslimah Dunia 2013 yang berjaya menonjolkan kesederhanaan, memenuhi tuntutan syariat dan menepati tema muslimah mewarnai dunia (Muslim Colors The World) dinobatkan sebagai juara, perbincangan dengan golongan ulama juga dilakukan agar pertandingan tersebut benar-benar mematuhi syariat Islam. 

Sejauh manapun penganjuran acara tersebut dianggap cukup islamik, ia tetap dihujani kecaman daripada rakyat beragama Islam di Indonesia.Rata-rata mereka berpendapat pertandingan berkenaan sama sahaja seperti mengeksploitasi golongan wanita cuma dengan cara yang lebih halus. Apa kata anda pula? 
sumber http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2013&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm



Nahas pesawat MASwing di Kudat dua sah maut termasuk pembantu juruterbang.







Penerbangan Malaysian mengesahkan, dua orang meninggal dunia dalam nahas pesawat MASwing yang tersasar dari landasannya di Kudat iaitu pembantu juruterbang dan seorang penumpang.

Selain daripada seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun, Star Online melaporkan bahawa pembantu juruterbang berusia 23 tahun, Marc Joel Barsih, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu akibat kecederaan di kepala dan badan. Beliau merupakan anak kepada seorang juruterbang helikopter yang berkhidmat dengan Sabah Air.

pembantu juruterbang
berusia 23 tahun,
Marc Joel Barsih, 
Pesawat MASwing Twin Otter itu terkeluar dari landasan dan merempuh sebuah rumah di perkarangan lapangan terbang Kudat jam 2.54 petang ini.

Bernama pula melaporkan, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas mengakibatkan enam penumpang cedera. 

10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54 petang.

"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.

"Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian sedang dalam siasatan. Sementara itu, MAS mengesahkan hanya enam sahaja yang cedera daripada 16 penumpang kapal terbang iaitu 15 warganegara Malaysia dan seorang warga Filipina.

Kesemua penumpang sudah dikeluarkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan yang perlu.

"Fokus kami sekarang adalah penumpang yang terlibat, anak kapal serta pihak-pihak yang berkaitan," kata jurucakap MAS dalam kenyataannya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi MASwing, Ahmad Jauhari Yahya dalam perjalanan ke Kudat untuk menyelia situasi di sana.sumber http://www.themalaysianinsider.com




Mr Bean masuk Islam ?




Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson dikatakan telah masuk Islam ? Terbaca dalam banyak blog dan website mengatakan lelaki ini telah mengeluarkan kenyataan yang seakan membayangkan dirinya berminat dengan Islam.Tak tahu betul atau tidak. Kalau betul,alhamdulillah. sumber SINI





Lagi cerita berkaitan :



Tak sanggup baca 'kanak² dirempuh kereta bapa'




Assalamualaikum readers, pagi² hari saya dah terkesima baca berita ni. Aduih aduih mmg tak sanggup baca sampai ending, tajuk kat Metro 'Main main bawa maut' betul buat saya menangis pagi ni, rasanya dah banyak kali berita macam ni keluar, tiap kali baca tu lah saya akan sedih sampai mengalir air mata. Ini semua pasal kecuaian, termasuk takdir yg telah tersurat.Tapi rasanya kalau kita lebih aware, prihatin, inshaallah perkara begini boleh dielakkan.Parents and family budak ni mestilah lagi bersedih hati atas apa yg berlaku kan, so saya doakan mereka akan tabah dalam waktu yang sama kita semua ibu bapa dan keluarga ambil iktibar.

Saya sebagai ibu dua anak, seorang berusia 4 tahun dan yg bongsu 2 tahun,memang sipi² ngan usia budak² dalam story tu, sebab tu saya terasa tak sanggup nak baca berita macam ni, alkisahnya~si abang usia 4tahun curi² ambik kunci kereta ayahnya, nak main drive².. yelah budak kecik tak cukup umur~ aka maksudnya tak sempurna akalnya, memang totally tak boleh nak salahkan bebudak nilah kan,apa yg diorang tahu,main,main dan main nak hepi² je kan.. so kita sebagai parents lah yg kena aware selalu 200~300% kannnnnnn kannn *





Kadar Bayaran Zakat Fitrah di Selangor tahun 2013






Kadar harga Zakat Fitrah di Selangor tahun 2013, RM7

Kadar bayaran zakat fitrah untuk umat Islam di Selangor pada tahun ini kekal RM7, menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Penetapan kadar itu dilakukan selepas mengambil kira harga semasa beras. 
Dalam pada itu, bayaran zakat fitrah boleh dibuat kepada amil di masjid dan surau, selain di 24 kaunter LZS yang ditempatkan di kompleks beli-belah



Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim
Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Syarat-syarat umum wajib membayar zakat

i. Islam
ii. Merdeka
iii. Milik Sempurna
iv. Cukup Nisab
v. Genap Setahun

Kadar harga Zakat Fitrah di Selangor tahun 2013. islamik, informasi, berita semasa, kadar zakat fitrah,kaedah dan waktu pembayaran zakat fitrah,syarat wajib bayar zakat

Bibik Indon lambung bayi..!!






Hangin satu badan haku tengok amah indon gila  lambung bayi yang tak berdosa ni.Aku rasa nak lempang lempeng je minah ni.Semoga dia dapat balasan setimpal atas apa yang dilakukan ni.Aku tak tau la mana hilang akal fikiran otak tak pakai agaknya,bukan agak memang sah-sah tak pakai otak.




Harap sabar pada ibu bapa bayi ni, banyak2 la berdoa pada Allah swt semoga bayi ni okey je,tadi baru tengok Buletin utama kata bayi ni dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas.Ya Allah,kita pun ada anak jadi memang faham sangat perasaan mak ayah dia tu.Memang satu tindakan paling bijak utk parents yg ada amah indon ni pasang cctv rahsia  kat rumah.

Video amah indon lambung bayi


Bibik Indonesia lambung bayi, kes dera, berita BACA INFO TERsemasa, amah indonesia jahat, video amah indon lambung bayi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...