Daftar BR1M 2.0 bermula November.






Pendaftaran pemohon baru, individu bujang boleh dibuat secara online.

Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bagi pemohon baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November ini. LIHAT SINIDOWNLOAD BORANG SINI

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah. 


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yakin pengagihan BR1M kali dapat dilakukan dalam tempoh singkat berbanding BR1M diumumkan tahun lalu yang mengambil masa tujuh bulan. 

Dijangka selesai cepat

“Kementerian Kewangan sudah mempunyai data 4.3 juta penerima BR1M yang layak tahun lalu, manakala pengesahan bagi pendaftaran baru bermula 1 November ini dijangka dapat diselesaikan lebih cepat.


“Pengagihan BR1M pertama mengambil lama iaitu Januari hingga Julai kerana babitkan proses pengesahan bagi individu yang benar-benar layak, dan tempoh pendaftaran juga terpaksa dilanjutkan.


“Bagaimanapun, jika pendaftaran kali ini dilakukan pada November dan Disember, termasuk bagi individu bujang yang layak serta pemohon baru yang tidak pernah memohon atau tidak layak sebelum ini, kita tidak perlu melanjutkan tempoh pengagihan BR1M. 

“Mungkin ada yang mendaftar selepas pembayaran BR1M 2.0 dilaksanakan awal tahun depan, tapi dijangkakan tidak ramai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.





Lahir pada 1992


Menghurai lanjut, Husni berkata syarat kelayakan bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas adalah mesti lahir pada 1992 atau sebelumnya serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah selain penganggur.


Katanya, kementerian juga akan menyemak dengan agensi berkaitan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan semua pemohon BR1M 2.0 memenuhi kriteria ditetapkan.


“Namun, pengalaman kita sebelum ini menunjukkan kes (penipuan) tidak banyak dan majoriti rakyat patuh kepada syarat yang ditetapkan.


“Selain itu, kita juga akan melakukan semakan bagi data penerima sedia ada untuk mengeluarkan individu yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Pelajar terima Baucar Buku 1Malaysia RM250

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250. 


Ahmad Husni berkata, Baucar Buku 1Malaysia bagi pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi (IPT) akan mula diagihkan Januari tahun depan.sumber : http://www.bharian.com.my/
Mula daftar BR1M 2.0 bermula November, bantuan rakyat 1malaysia untuk 21tahun keatas, Borang  BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia kali kedua, Borang  BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia kali kedua, Borang  BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia kali kedua, borang bantuan rm250, borang bantuan rm250, Download borang BR1M BRIM, download borang bantuan tunai RM500, Download borang BR1M BRIM, twenty2december.blogspot.com


2 comments:

  1. TQ..senang sikit nak isi apa yang penting..x ya nak berebut..terima kasih

    ReplyDelete
  2. hmmm...adakah patut diberi BRIM 2.0 ni? Hmmm...Hmm....

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...