PM Australia terjatuh di depan kamera .




KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik Gillard terjatuh di Memorial Mahatma Gandhi, 

New Delhi kelmarin.

PM Australia terjatuh di depan kamera
SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin.

Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media
Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa.


Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh.
Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam.


Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu.
Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan. - AFP

sumber kosmo online



1 comment:

  1. kesian dia... sakit tu mcm tersembam...nak tahan malu lagi... tak pe la...kite semua manusia biasa... ade kurang lebihnya..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...