Senarai Lokasi pemasangan kamera AES.





Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)  mula beroperasi di  'lokasi maut' [yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi] bagi  menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.


Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat.

Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi maut' pada fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.Pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

Orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES di laman web JPJ, www.jpj.gov.my, dan pengguna boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan yang berhampiran.



Objektif pemasangan Kamera AES

Dengan mengetahui lokasi kamera AES diletakkan, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan mereka memandu mengikut undang-undang. Ini dapat mengurangkan jumlah kematian dan objektif  adalah bagi memastikan pengguna jalan raya, dan bukan untuk memberikan kuasa yang lebih besar kepada JPJ untuk mengeluarkan saman.



Kamera AES[Automated Enforcement System] bagi papan tanda untuk mengesan kenderaan yang melebihi had laju di lihat dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera tersebut.


Bagi kamera untuk mencatatkan jumlah pemandu yang melanggar lampu merah, papan tanda yang diletakkan adalah 50 hingga 500 meter daripada lampu isyarat berkenaan.


Imej yang ditangkap oleh kamera AES akan dihantar secara automatik kepada pusat kawalan AES dan nombor plat kenderaan yang melanggar peraturan tersebut akan dikesan oleh pangkalan data JPJ, sebelum saman dikenluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.


Proses semakan, mengenalpasti pasti kesalahan dan pengeluaran notis sama dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES.


Jika imej yang ditangkap tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kederaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ, siasatan lanjut akan dijalankan. Ini ialah bagi memastikan saman yang dikeluarkan sah menurut undang-undang jalan raya, serta dapat mengelakkan daripada saman dikeluarkan kepada pihak yang tidak bersalah.


Notis sama yang telah diproses dan ditentusahkan sebelum dihantar kepada pemilih kenderaan berdaftar dalam tempoh lima hari daripada tarikh kesalahan serta imej kenderaan yang dirakamkan.


Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut ketika kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu terbabit kepada JPJ selepas 30 hari daripada tarikh menerima notis saman tersebut.


Jika mereka memilih untuk hadir ke mahkamah, mereka boleh berbuat demikian pada mas dan tarikh yang ditetapkan dalam notis berkenaan.


Mereka yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian 03-78464400, bagi kesalahan yang direkodkan di Perak, sementara bagi kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.





Sistem Penguatkuasaan Automatik AES, Automated Enforcement System AES, Kamera AES, Lokasi pemasangan Kamera AES, Objektif pemasangan kamera AES, 


No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...