Tips ajar anak gosok gigi.





Assalamualaikum readers.Semoga semua sihat -sihat sahaja dan tidak sakit gigi..uishk..bukan ape,bayangkan sajalah kalau dah sakit gigi,semua serba tak kena..tak tidur malam dibuatnya.Betulkan.Sebab tu sekarang saya dah mula  bermulut murai pada anak dara saya Sufi Insyirah ~ dua setengah tahun. Kesian pada kita yg dewasa tak tertahan sakit bila gigi meragam,bayangkan kalau kena kat anak-anak pulak,kalau terkena kat anak ,sekali mak ayah tak boleh tidur malam.

First time belikan berus gigi,time beli je Sufi hepy sebab comel sangat berus gigi tu,siap ada barbie  pada brush dia tu,bila menjelang waktu nak menggosoknya,hampehh lintang pukang.Kali kedua beli sekali dengan ubat gigi perasa buah-buahan. Ada improvement jugaklah,walaupun kena paksa juga,sambil berceramah - 'Kalau tak nak gosok gigi boleh,no problem,tapi diharamkan makan candy and chocolate,okey tak?' hah kau termenung jugaklah Sufi, apalah nasib diri agaknya kalau tak dpt gula2 dan cokelat...ishk ishk zalim ibu ni...

Antara penyelesaian terbaik adalah,bagi anak-anak kita tonton video ni ~ ngeh ngeh.. bagus, nampak ada perubahan , siap mintak  ubat gigi banyak sket ,sambil kata,tak boleh makan gula-gula nanti gigi rosak..! [tapi bila makan kedai mamak,gula2 pree bersepah atas meja....layan je.heee]



Teknik didik anak gosok gigi

Gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya bermula pada peringkat janin lagi justeru, pengambilan makanan ibu terutama makanan mengandungi kalsium ketika hamil sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pembentukan gigidan janin itu sendiri.


Selepas bayi dilahirkan, biasakan mengelap batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut selepas menyusu. Langkah mengeringkan batas gusi bertujuan mengelakkan sisa susu tertinggal di dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.


Apabila bayi dibiasakan dengan tabiat penjagaan gigi sejak kecil, dia akan berasa selesa dengan keadaan itu dan penjagaan gigi akan menjadi perkara biasa. Antara panduan yang boleh diikuti ibu bapa ialah:


* Pada ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak. Tetapi pastikan ibu bapa yang menggosok gigi anak dan tidak membiarkan anakmelakukannya sendiri bagi memastikan gigi digosok dengan baik dan anak tidak tertelan ubat gigi.


* Kebanyakan ibu mengambil posisi di hadapan ketika mengajar anak-anak. Teknik ini sebenarnya salah, untuk lebih berkesan ibu harus berada di belakang, sambil memegang tangan anak dan menunjukkan cara membersih lidah dan memberus gigi yang tepat.


* Ajar mereka menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan jika boleh, lakukannya bersama anak mereka.


* Pilih berus gigi dan ubat gigi sesuai mengikut peringkat usia kanak-kanak. Berus gigi beraneka bentuk serta warna akan mempengaruhi kanak-kanak memberus gigi.


* Seawal usia dua setengah tahun, bawa anak berjumpa doktor gigi walaupun dia tidak berhadapan dengan masalah gigi. Jangan tunggu sehingga giginya sakit kerana ia akan meninggalkan ´pengalaman ngeri´ apabila berhadapan doktor gigi. Lawatan pertama tanpa kerosakan akan membuatkan dia suka dan menyenangi doktorgigi.


* Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai perjumpaan keluarga. Kanak-kanak cenderung untuk meniru sikap ibu bapa. Rasa gerun dan gentar pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya.


* Jika anak menikmati makanan manis, ajar dia menggosok gigi selepas makan atau minum.


* Ajar anak memilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu makan dan bukan antara waktu makan.

Air liur pada waktu makan akan membantu membersihkan gula dalam mulut. Ada pelbagai punca yang menyebabkan masalah gigi. Antaranya adalah pembersihan gigi yang tidak betul menyebabkan kewujudan plak atau lendir selaput gigi yang mengakibatkan gigi cepat rosak. Justeru, pembersihan efektif dan teknik yang betul sangat diperlukan.


Kerosakan gigi susu yang menyeluruh dan reput disebabkan tiada tabiat menggosok gigi sejak kecil. Ini ditambah pula dengan tabiat memakan makanan yang terlalu banyak mengandungi gula, tetapi tidak pula membersihkangigi selepas makan.


Menghisap puting, susu botol atau menghisap jari juga antara punca masalah gigi. Pastikan kanak-kanak tidak menghisap puting atau menghisap jari.


Tabiat ini akan mengganggu pembentukan tulang rahang dan boleh menyebabkan giginya jongang. Jika anakmenghisap susu botol, pastikan puting susu dijauhkan dari mulut ketika dia tidur.



tips ajar anak, Tips ajar anak gosok gigi, Teknik didik anak gosok gigi, 

2 comments:

  1. nice info... saya ni masa kecik dulu tak jaga gg... bila dah banyak rongga baru menyesal... huhuhuhu

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...