Pelancaran Samsung Galaksi Note 2 pada 11 Oktober .






Samsung Malaysia telah mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan Galaxy Note 2 secara rasminya di Malaysia pada 11 Oktober 2012. Harga jualannya dijangka akan turut dikongsikan bersama pada acara tersebut .Ketahui harga Samsung Galxy Note 2.

Samsung Malaysia telah mengedarkan jemputan kepada pihak media ke acara pelancaran phablet terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note 2 yang akan dilangsungkan pada 11 Oktober. 

Phablet versi kedua selepas penerimaan yang menggalakkan terhadap phablet versi pertamanya iaitu Samsung Galaxy Note itu kini dikuasakan dengan pemproses empat teras yang sama dengan Samsung Galaxy S 3 tetapi dengan kelajuan pemprosesan 1.6Ghz. Selain itu skrinnya dipertingkatkan kepada saiz 5.5 inci dan memori RAM 2GB. Selain mempertaruhkan peningkatan dari segi perkakasan, phablet ini juga akan memperkenalkan ciri-ciri terbaru seperti kebolehan multitasking sebenar dan ciri-ciri penggunaan S Pen yang lebih meluas.

Galaxy Note 2 merupakan kemaskini bagi peranti Galaxy Note yang diperkenalkan pada tahun lepas, membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi S-Pen, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean padanya.

tarikh date GALAXY NOTE 2 DILANCARKAN PADA 11 OKTOBER DI MALAYSIA, harga Samsung Galaxy Note 2, gambar samsung Galaxy Note 2, Harga Samsung Gaxy Note 2

2 comments:

  1. Nice sharing n info.. thankz..

    http://ruangannazira.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. btol cakap nazira..kalau mai sini senang nak tahu info, lebeih2 lagi bab telepon nih, hehhhe. good~

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...