Penyanyi Rap Perancis paling popular masuk Islam.






Penyanyi wanita Rap paling terkenal Perancis, Diam telah mengumumkan dalam autobiografi yang baru terbit bahawa dia telah memeluk agama Islam dan memutuskan untuk memakai hijab.

Diam, yang nama sebenarnya adalah Melanie Georgiades, berkata dia mendapati bahawa jalan keluar dari penyakit  kemurungan adalah ketika mengerjakan solat dan membaca al-Quran.

Dalam temu bual TV eksklusif dengan stesen TV Perancis TF1, beliau berkata  "penukaran kepada Islam adalah hasil daripada hidayah peribadi, selepas memahami agama dan membaca Al-Quran."

Diam yang baru-baru ini membuat penampilan televisyen pertama beliau memakai hijab berkata Islam telah diperkenalkan kepada beliau secara kebetulan, apabila dia melihat rakan Islam berdoa.


"Dalam kemuncak kejayaan, saya mengalami kemurungan kronik dan bertemu  ahli psikologi yang berbeza-beza, tetapi tidak seorang pun daripada mereka boleh membantu saya," kata beliau dalam bukunya.

Diam  berkata bahawa dia berpindah ke Mauritius untuk memahami Al-Quran, dan mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai Islam.

Apabila ditanya tentang pandangan beliau mengenai Islam, dan orang-orang yang melakukan semua pembunuhan dan kekejaman yang berpura-pura untuk melakukannya dalam nama agama, dia menjawab: "Saya fikir kita harus membezakan antara jahil dan berilmu, dan yang jahil tidak perlu bercakap tentang apa yang dia tidak tahu, Islam tidak membenarkan membunuh mangsa yang tidak berdosa cara kita melihat"







3 comments:

  1. bila artis masok Islam ni memang pasti akan membuka lebih byk mata tentang Islam... Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...syukur atas hidayah Allah yang membawa beliau ke ISlam! Allahuakbar!

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...