Farid Kamil dan Diana Danielle kahwin 3 November.





Farid Kamil membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa dia dan tunangnya, aktres Diana Danielle akan melangsungkan pernikahan mereka 3 November ini.


Pengumuman itu dibuat secara rasmi oleh Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil bin Zahari, 31, di majlis tayangan media filem terbaru arahan dan lakonannya, Pe3.


"Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami", kata pelakon yang berasal dari Alor Star, Kedah itu.

Farid dan Diana Danielle Danny Beeson, 21, telah mengikat tali pertunangan mereka 1 September lalu di kediaman Diana sendiri di Damansara, setelah tiga tahun menjalinkan hubungan percintaan.





farid kamil diana danielle kahwin 3 november, gosip artis, hiburan, 


No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...