Ada tanda - tanda kehamilan, mari kenalpasti.






Assalamualaikum readers yang cun lagi kacak - bagi sket motivasi di pagi hari ~ ahah ~ sudah seminggu ni saya rasa lain macam...bangun pagi loya,disambung dengan adegan muntah-muntah.Pening bila bau minyak masak ~ adeii.. adakah saya hamil lagi ? yang bongsu baru masuk setahun 6 September lalu. Cuak  + gundah gulana.

Sangat terliur bila terlihat  air asam boi kat pasar malam tu,sampai 2 kali terbeli.Kepam perut aduiii.. 

Last sekali petang semalam ,saya pitam kat bilik solat... ala2 pitam celik pitam celik ... plus ngada2  sms husben andainya sy terpitam terus cepat2 lah balik,takut anak hilang pedoman pulak ibunya pitam..syahdu. Husben ajak buat medical check,tapi sgt cuak kalau2 diri berbadan dua.

Malam, saya beli pregnancy test paling murah rege RM8,dengan penuh rasa redha,terima sajalah kalau rahim terisi lagi,walaupun si  bujang masih fully breastfeeding.

"mengandung ke tidak ?"  hasbenku tanya,buat-buat cool kononnya
"...bersedia lah mengembangkan zuriat ke 3 ye yang"  kataku muka sengal
"..alhamdulillah,mengandung la ni,tapi kan makan obat,jadik juga ye? " katanya
" a'ah..............." 
ada juga kes kan makan ubat perancang kehamilan,tapi kalau Allah nak bagi , jadi jugak anak tu dalam rahim...redha! 



wink ^ wink ^ rupanya kehamilan itu tidak berlaku, jadinya,Medical Checkup itu wajib dilakukan segera,kerana sepanjang minggu ni saya sentiasa pitam dan loya2 - saya berharap semuanya baik2 saja walaupun status kesihatan diri belum tentu, doakan saya readers! 


Terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!





1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.



2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.



3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.



4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.



5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.



7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.



8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.



9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.



Dan akhirnya....



10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...







8 comments:

  1. su pulak lain cite nya..nak sangat baby..harap2 ada la berita gembira untuk su dalam masa terdekat ni....:)

    ReplyDelete
  2. Tekanan darah rendah kot.
    Tu yg rajin mual mual.
    Tapi kalo betul peknen..tahniah rezki

    ReplyDelete
  3. huhu....apapun moga cepat2 sembuh ye...

    ReplyDelete
  4. rajin makan ubat ya... x pernah try cara ubat.... campur malas....

    ReplyDelete
  5. smua tanda tanda tu tak ada pada aku....huhuhu,,,nasub baik

    ReplyDelete
  6. huhuhuh lain org lain ceritanya ya? tapi for me mmg doc sll sgt advice kalau nk yg jitu betol pakai clear blue shj. yg lain2 tuh ssh sikit. tp mmg betol. yg lain2 tuh suke suspen. huhuhuhu btw get well soon.

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...