Tonton cerita hantu dan seram boleh sebabkan sakit jiwa kronik!





Cerita hantu  punca sakit jiwa kronik

Pelbagai cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal, gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati. 


Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional. 

“Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik,” katanya . Mengenal penyakit jiwa,baca sini.


Tak nafi dunia jin

Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan. 


Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal. 


Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007. 

Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes. 


Serangan jantung


“Penyakit kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar, gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik lain berkaitan sistem penghadaman,” katanya. 


Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental.







9 comments:

  1. uishhh, baru leni la tau cerita antu leh buat ckit jiwa. tp ikotkn mmg tak bagos pon byk sgt cerita antu kt tv nih..naik bosan pon ada kekadang.

    ReplyDelete
  2. ai masa zmn single dulu x per lah layan lagik citer antu ni
    since dah kawen n beranak ni x leh layan langsung seriyessss takut uwaaaaa

    ReplyDelete
  3. Tengok cerita hantu suka! Tapi memang penakut yang amat sangat! hehehehe

    ReplyDelete
  4. salam kenal.
    Tirana aduka singgah sini dulu

    ReplyDelete
  5. haah, kat malaysia ni pelik..banyak sangat cite hantu..dah naik muak tengok..

    ReplyDelete
  6. kesimpulannya.... jangan tengok citer hantu... nanti lemah mindaaaa.... haaa3x

    ReplyDelete
  7. tu yg tak suka tonton citer hantu tu...huhu...
    btw, salam kenal..:)

    ReplyDelete
  8. bulan ni pulak kemain banyak cerita hantu kat astro....tensen je husband soh teman x kasi tido....kena tutup mata la pasni...

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...