Enggan membiarkan hubungan cinta mereka menjadi buah mulut serta mencetuskan pelbagai gosip liar, penyanyi, Shila Amzah dan kekasih, Sharnaaz Ahmad, merancang untuk menamatkan zaman solo mereka dua tahun lagi.
Merancang untuk mendirikan berumah tangga pada 2014
Shila menganggap tempoh dua tahun yang berbaki dapat digunakan mereka sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi kerjaya seni masing-masing.
Bukan kerana desakan keluarga, sebaliknya sebuah keputusan yang dicapai hasil perbincangan bersama, mereka berasakan 2014 ialah tahun paling sesuai untuk memikirkan hala tuju masa depan perhubungan terbabit.
Sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya manakala Sha sendiri kena berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Shanghai kerana terikat dengan Shanghai Media Group selama dua tahun. Sejak menang pertandingan Asian Wave, jadual Sha penuh dengan undangan persembahan sehingga tahun depan.
Keputusan bersama ini juga dibuat bagi merungkai segala persoalan di kalangan peminat dan media. Sha tahu, lagi lama hubungan ini terjalin, lagi banyak gosip timbul.
Keluarga kedua-dua belah pihak pun sudah tahu mengenai keputusan ini dan mereka cukup memahami. Insya-Allah, kalau jodoh kami awal, mungkin lagi awal tarikh perkahwinan, katanya yang akan membuat persembahan pembukaan pada konsert Eric Moo di Beijing pada 17 November dan konsert Tahun Baru di Shanghai, China.
gambar keluarga Shila Amzah
Berlakon iklan bersama
Mengulas pembabitannya dalam iklan komersial televisyen terbaru Shila, Safi Balqis Perfect 10, Sharnaaz mengakui amat teruja kerana inilah kali pertama dia berlakon dalam iklan.
Hampir seharian saya menjalani penggambaran di sebuah banglo di Alam Damai, Cheras. Memang memenatkan kerana pengarahnya, Adnan Salleh atau Nan begitu teliti dalam pembikinannya. Bagi mereka, setiap 0.01 saat itu amat berharga. Walaupun penat, tapi ia menyeronokkan kerana dapat berlakon bersama buah hati, ujarnya mengenai iklan yang bakal menemui penonton mulai minggu depan.
sumber http://www.bharian.com.my/
Patutla shila ni cantik..maknya pun memang lawa
ReplyDeleteAkhirnya jejaka dari Penangjugak jadi pujaan Shila Amzah.. :)
ReplyDeletepernah gak jumpa blog adik shila,, hehehe
ReplyDeleteshe's beautiful on her own way :) doakan mereka cepat bertemu jodoh!
ReplyDelete