'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa'
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebab itu apabila ingin bercakap elok berhati-hati agar tidak terlajak kata sehingga sukar untuk ditarik balik.
Untuk mengelak diri terperangkap dengan fitnah mulut, dalam banyak keadaan adalah lebih baik berdiam diri. Bahkan jangan sekali-kali bersama-sama orang yang sering mengucapkan perkataan buruk kerana ditakuti ia akan berjangkit. Ingatan itu dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Dan kami dulu (di dunia) selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya.” – (Surah al-Muddasir, ayat 45)
Petua Rasulullah Mengenai Adab Bercakap
Rasulullah S.A.W bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah“.
Adab bercakap mengikut Sunnah.
1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengannada yang samar-samar.
2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang,ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
3. Jika seoarang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan orang yang jahil dalam agama
7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.
8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.
9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.
11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pastimengenainya.
bagus panduan ni..insyaAllah akan cuba praktik untuk diri sendiri..
ReplyDeletetang berjangkit tu saya setuju...baik jauhkan diri dari orang yang suka cakap buruk ni...
ReplyDeletenk ikotkn semua kt ats tuh btol, jgnla dipraktikkan..tak baik.
ReplyDeletegood sharing! :)
ReplyDelete