Mia Sara Nasuha tak mahu berlakon lagi ?





Mia Sara terpaksa berehat daripada berlakon kerana ingin fokus pada peperiksaan penggal akhir yang akan bermula pada 8 Oktober ini.


"Mia sudah berehat daripada berlakon sejak bulan Ramadan lalu. Sepanjang tempoh berehat, Mia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon drama, filem atau iklan. Kecuali jika ada sesi fotografi atau majlis yang memerlukan Mia menghadirkan diri, dia akan menyertainya. Mia perlu juga menonjolkan diri pada majlis-majlis media supaya nama dia tidak dilupakan," jelas Ridhuan,bapa Mia.


Tidak mengabaikan pelajaran anaknya, menurut Ridhuan, dia akan memastikan Mia turut berjaya dalam pelajaran selain berjaya dalam bidang lakonan.


Pupon nama manja Mia Sara

Ibu Mia Sara ,Rafidah Abd. Hamid, dia memberitahu, memanggil Mia dengan panggilan manja iaitu Pupon kerana sejak lahir lagi wajah Mia seperti anak Jepun.


Mempunyai darah campuran Cina pada sebelah bekas suami dan juga dirinya, jelas Rafidah, walaupun Mia kini berada di bawah jagaan bapanya selepas mereka bercerai, tetapi dia akan memastikan untuk menghubungi Mia setiap hari selain bertemu anaknya sebulan sekali.

Ibu bapa Mia Sara
Berkongsi rahsia ketika mengandungkan Mia, Rafidah memberitahu, dia sangat suka minum susu dan makan ikan. Selain itu, dia juga selalu berbual dengan Mia dan memberinya mendengar muzik menggunakan fon kepala.

Ditanya apakah perubahan terbesar Mia selepas menjadi artis, ungkap Rafidah, Mia tidak menunjukkan perubahan ketara kerana sebelum menjadi artis dia juga sering mendapat perhatian setiap kali keluar daripada rumah.


Ditanya adakah anaknya pernah mengadu penat berlakon, cerita Rafidah, pernah juga Mia mengadu kepadanya penat berlakon, tetapi dia juga mengakui sangat seronok menceburi bidang tersebut.

Mengulas mengenai pembabitan Mia dalam bidang seni, ujar Rafidah, kalau ikutkan dia tidak berapa suka Mia berlakon kerana kasihan dengan anaknya yang sering kelihatan penat, tetapi dia juga tidak menjangkakan peluang yang anaknya peroleh dalam bidang seni begitu mudah.




kredit SINI
Gambar Mia Sara Nasuha twenty2december.blogspot.com



3 comments:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...