Semalam Taufan Sandy, yang membadai kota New York, Amerika Syarikat. Difahamkan akibat kejadian tersebut, semua pengangkutan awam Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan. Kota itu juga bergelap akibat terputusnya bekalan elektrik. Kejadian itu juga dilaporkan sebagai bencana alam paling terus yang melanda kota metropolitan itu.
Bagaimanapun menurut laporan berita tempatan, semua rakyat Malaysia yang berada di sana dalam keadaan selamat. Termasuklah dua artis kita yang kini menetap di sana iaitu pelakon Liyana Jasmay dan Juliana Evans.
Beberapa jam lalu, berdasarkan akaun Twitter Liyana Jasmay menulis, situasi di sana sangat buruk - angin kuat. walaubagaimanapun pelakon itu mengesahkan yang dia berada dalam keadaan baik. Lagipun kawasan rumahnya berada dalam zon selamat - walaupun dekat dengan laut.
Liyana Jasmay sedang menyambung pelajaran jangka pendek dalam jurusan pengarahan dan lakonan, di New York Film Academy, sejak Julai lalu. Dia dijangka menamatkan pelajarannya sekitar Disember ini. Sekembalinya dia ke tanah air nanti, dia akan melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya pada 24 Januari 2013.
Sementara itu, menerusi akaun Twitter Juliana Evans @ Jue juga mengkhabarkan kawasan tempat tinggalnya dalam keadaan baik.
Jue menyambung pelajaran dalam jurusan bidang komunikasi massa di Universiti Michigan, Midwestern, Amerika Syarikat.
Lagi gambar Taufan Sandy yang merosakkan bandar New York.
sumber http://edition.cnn.com
Gambar Taufan Sandy New York,Liyana Jasmay dan Juliana Evans turut terlibat,gambar taufan sandy
tgk gambar pun dah menggerunkan. apatah lagi bila mengalaminya..
ReplyDeleteastagfirullah .. gamba yang menakutkan , papepun alhamdulillah diorang selamat :)
ReplyDeleteteruk gak eh new york sbb taufan ni
ReplyDeleteAllah turunkan bala ....tengoklah USA camne kan..dah la menindas negara islam! ni la natijahnya...subhanallah
ReplyDelete