SYDNEY - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun.
Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube.
Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan.
Psy membuat persembahan itu ketika dia menghadiri program Sunrise terbitan stesen televisyen Channel 7.
Bagaimanapun, Psy tidak membuat tarian kuda.
Sebaliknya, dia membuat tarian beruang panda dan kanggaru.
"Ini (tarian itu) merupakan tarian yang baharu (buat peminat-peminat di luar negaranya) tetapi di Korea Selatan, ia merupakan rentak tarian Psy yang lain.
"Saya membuat tarian itu pada setiap masa," kata Psy.
Menurutnya, dia menghabiskan banyak masa dengan pereka tarinya untuk menghasilkan tarian tersebut.
Muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 480 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.
Sebelum ini dia pernah membuat konsert percuma di Seoul, Korea Selatan bagi menghargai sokongan para peminatnya. - Agensi
Baca sini juga :
- “Ada tak orang macam ni kat ofis? Hehe”
- Jika anda mahu Malaysia yang sihat... Pledge di sini!
- Dapatkan Samsung GALAXY Note 2 baru di sini!
- Ketahui 3 langkah mudah utk anda menangi i pad.
- Mencari 100 Wanita untk suarakan pendapat kamu.
- Adakah anda penari terhebat di Malaysia? Buktikan di SINI!
aish, tak habes2 agi tuh, huhuhuhu. leh lak buat cara lain.
ReplyDelete