Bapa usia 96 dan isteri 62 tahun, cipta rekod lahirkan bayi.




RAMJEET ditemani Shakuntala dan dua anak mereka.

KHARKHODA (India): Seorang petani menjadi bapa paling tua di dunia, sekali gus memadamkan rekod yang diciptanya dua tahun lalu.
Ramjeet Raghav, 96, berada di sisi isterinya, Shakuntala, ketika wanita terbabit melahirkan anak kedua mereka, Ranjeet, seberat kira-kira dua kilogram, bulan lalu.

Bekas ahli gusti itu mencipta rekod dunia pada 2010 apabila Shakuntala dikatakan berusia 60 tahun melahirkan anak sulung mereka, Vikramjeet.
Tahun lalu, Ramjeet berkata, menjadi bapa amat memenatkan dan dia tidak bercadang mendapatkan anak kedua walaupun sebelum itu mengakui mengadakan hubungan seks tiga kali setiap malam dengan isterinya. Namun, semalam, Ramjeet berkata, dia berasa amat bertuah dikurniakan anak kedua.

“Ia memang mencabar tetapi saya tetap gembira,” katanya. Keluarga itu tinggal di sebuah pondok dua bilik di Kharkhoda.
Hasil pekerjaannya sebagai petani, Ramjeet memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan. Ramjeet mendakwa amalannya memakan susu, mentega dan badam membantunya menjadi awet muda.

“Saya sangat berkemampuan mendapatkan lebih ramai anak,” katanya.
Namun, kata Ramjeet, dia meminta isterinya mengambil langkah perlu bagi menghalang kehamilan.

“Saya mahu anak-anak saya bersekolah dan berjaya.
“Jika ada anak lagi, saya tak berkemampuan membiayai mereka,” katanya. - TS


No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...