Raja Ema jawab isu buka tudung
RIMAS dengan isu dirinya yang dikatakan sanggup buka tudung semata-mata ingin buat ‘comeback’, Raja Ema terpanggil membuat kenyataan membela dirinya.
Baginya, isu itu agak sensitif dan sedikit sebanyak mengguris hatinya dan keluarga kerana ia terlalu diperbesarkan orang yang tidak tahu menahu cerita yang sebenar.
“Memang saya pernah bertudung sekejap dulu sebelum buka tudung ketika baru berkahwin dengan Sheqal dan anak-anak pun masih kecil ketika itu. Tapi, saya masih bertudung dan berpakaian menutup aurat apabila menghadiri majlis yang sesuai seperti kenduri kendara dan ke masjid.
“Terus terang, saya tak faham kenapa isu buka tudung pula yang digembar-gemburkan kerana saya sudah bertahun-tahun tidak bertudung cuma ramai orang yang tak tahu kerana saya sudah lama tidak aktif dalam bidang hiburan lagi,” katanya.
Apapun, kata Raja Ema, dia tetap menyimpan hasrat untuk menutup aurat sepenuhnya apabila sampai masanya nanti.
“Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu.
“Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut,” katanya.
Raja Ema kembali jelita.
Ditanya perubahan wajahnya yang nampak lebih muda dan jelita pada usia pertengahan 40-an, Raja Ema mengakui dia sangat mementingkan aspek kecantikan luaran dan dalaman, sejak dulu. Baca entry sebelum ni -Raja Ema muncul semula dgn imej jelita.
“Maaf, saya tak dapat komen mengenai isu penggunaan botoks tapi saya mengaku memang ada berjumpa doktor dan mengambil suntikan vitamin C dan produk berkaitan untuk mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh. Selain itu, saya memang menjaga pemakanan seimbang, senaman dan mengambil produk yang sesuai untuk mendapatkan berat badan idaman dengan nasihat doktor,” katanya.LAGI GAMBAR TERBARU.
sumber http://www.hmetro.com.my
tutp aurat la...aishh...xpham2 ke artis ni?
ReplyDeleterasanya klu pkai tudung trus pon cantek jugak sb dy da brubah lg cun kn..humm..duniaaaa...
ReplyDeletethisisbalabero
ReplyDeletehmm..masing2 dah besar...biarlah dia nak buat apa pun...kalau nak nasihat..biarlah cara yang baik...kalau nak hentam2 orang...baik diam je kan....
ReplyDeleteharap2 pasni ni terbuka hatinya utk berhijab ;)
ReplyDeleteharap2 pasni ni terbuka hatinya utk berhijab ;)
ReplyDeleteDan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan auratnya, kecuali pada suami atau abah, abah suami mereka, putera mereka, putera suami mereka, saudara lelaki mereka, putera saudara lelaki mereka, putera saudara perempuan mereka, perempuan sesama Islam, atau hamba sahaya yang mereka memiliki, atau para pelayan lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan pada perempuan atau anak anak yang belum mengerti akan hukum aurat. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang orang yang beriman, agar kamu beruntung.'

ReplyDelete