Salam bersambut diikuti ciuman di pipi, tiada lagi sengketa antara dua pelakon sedang mencipta nama, Nur Anzalna Md Nasir atau Anzalna dan Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa).
Selepas tiga bulan isu membabitkan persengketaan dua bintang muda ini berlalu, mereka kembali menjalinkan hubungan baik selepas ditemukan di majlis sidang akhbar Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Hotel Royale Bintang Damansara, Mutiara Damansara, di sini, semalam.
Kedua-duanya meluahkan rasa gembira atas perkembangan itu, dan mengharapkan tiada lagi isu dibangkitkan membabitkan hubungan mereka berdua.
Baca sini juga :
Lofa secara peribadi menjelaskan, sejak Aidilfitri lalu dia sudah lama melupakan perkara berlaku dan mengharapkan usaha mahu menjernihkan kembali persahabatan bersama Anzalna tidak dilihat dari sudut negatif dengan mendakwa mereka sengaja mahu meraih publisiti. “Ada pihak membuat pelbagai spekulasi apabila kami tidak bersalaman sewaktu sidang akhbar Anzalna membuat kenyataan maaf secara terbuka dianjurkan Persatuan Seniman. Sebenarnya saya sudah lama melupakan perkara berkenaan. Sebelum ini pun saya mahupun Anzalna pernah memberikan kenyataan bahawa kami tidak punya masalah untuk bekerjasama apatah lagi ditemukan untuk sesi fotografi.
“Sebelum ini Metro Ahad pernah mahu menggabungkan kami berdua tetapi kerana kesibukan menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah dan menjalani pembedahan kecil sebelum Syawal menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan. Kenyataan menyatakan saya mahu mengelak bertemu dengan Anzalna adalah tidak benar,” katanya. Anzalna sendiri menjelaskan, pertemuan mereka di majlis sidang akhbar Anugerah Skrin 2012 membuktikan bahawa dia benar-benar ikhlas dan mengharapkan hubungan baik terjalin berkekalan.
“Perkara berlalu itu biarlah berlalu, inilah masanya untuk saya mahupun Lofa membuka buku baru. Saya sendiri sudah lama melupakan kontroversi persengketaan yang timbul. Ibaratnya ia tidak pernah wujud. Pada saya apa yang berlaku antara kami telah mematangkan saya sebagai seorang manusia,” katanya.
sumber http://www.hmetro.com.my
teheehehe jngn gaduh lagi dahla
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletedorang ni sama2 masuk dewi remaja...alaa gaduh pon nak pegi mana! industri malaysia ni kecik sangat :P
ReplyDelete