Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Kan cantik Neelofa dah bertudung ~



Kisah neelofa bertudung

Memang cun sangat la bila Lopa bertudung.. suka sangat tengok sebab orang cantik kan..lagi Neelofa kan ada darah Pakistan Siam kalau tak silap, tu yg lawa. Alhamdulillah kalau betul Lopa dah pakai tudung, memang wajib kan muslimah menutup auratnya.

Kisah neelofa bertudung

Haa memang shantik ..cannot denied.. Neelofa cun, saya suka wajahnya ~



Tahniah Misha Omar sah isteri Firos~



gambar nikah misha omar

Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bahru pagi ini, Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly sekitar 9.30 pagi tadi.

Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat.

Misha Omar menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki.

gambar nikah misha omar

gambar nikah misha omar





Radhi OAG Kahwin kali kedua,comel dan muda isterinya~


Setelah hampir empat tahun menduda, vokalis kumpulan OAG, Radhi sah bergelar suami kepada Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu, dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.30 pagi ini. Majlis akad nikah mereka telah diadakan di masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Radhi Razali, 37, telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Neger, Mohd Firdaus Subhi. Ayu, 20, yang merupakan seorang model sambilan menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Radhi menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Ayu pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Radhi memberi 12 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa tepak sireh, kek, sejadah, beg tangan berserta dompet, produk wangian, produk kecantikan dan sebentuk cincin.


Sebagai balasan, gadis manis berasal dari Kuala Lumpur ini memberikan 14 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa Al-Quran, sireh junjung, sejadah, buah-buahan, dompet berserta tali pinggan dan cermin mata.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Radhi segak berbaju Melayu dan Ayu anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional. Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.

Mengimbas detik perkenalan mereka, pasangan ini bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belah The Curve, Damansara, kira-kira lima tahun lalu. Ketika itu Ayu baru berusia 15 tahun. Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.

Sementara itu majlis resepsi mereka pula bakal diadakan selapas Hari Raya Aidilfitri.Radhi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 10 tahun.


Tahniah, Rozita Che Wan sah hamil~



Pelakon Rozita Che Wan pada petang Isnin mengesahkan sedang hamil anak pertamanya bersama aktor Zain Saidin menerusi laman Instagram miliknya.


Rozita, 41, dalam satu entri di laman tersebut memberitahu dia mengetahui sedang mengandung selepas melakukan sendiri ujian kehamilan selain turut gembira kerana dapat memberikan seorang anak buat suaminya.

"Alhamdulillah, ...syukur dengan nikmat mu ya Allah," katanya pada kapsyen gambar alat ujian kehamilan yang dimuat naik di Instagram milik Rozita.

Bagaimanapun Rozita tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu.

Sebelum ini menerusi laporan mStar Online pada 3 Mac lalu, Zain, 30, pernah meluahkan perasaan gembiranya bahawa Rozita berkemungkinan besar sudah mengandung.



Foto alat ujian kehamilan yang dimuanaik dalam Instagram milik Rozita Che Wan.

Bagaimanapun ketika itu, Rozita belum membuat pemeriksaan doktor lagi dan menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya jika Rozita benar-benar mengandung.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.Rozita juga mempunyai dua cahaya mata anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.sumber 


Dah takdir Erra Fazira , sah bercerai sekali lagi...



sumber http://mstar.com.my/


Akhirnya sahlah bercerai Erra Fazira dan Engku emran , perceraian kedua buat artis jelita ni.  Doakan yang terbaik buat mereka berdua , kalau dah jodoh mereka  setakat ini..kan Allah lebih mengetahui segalanya. 

Sesiapa yang nak sentiasa  bahagia keluarga dan rumahtangganya, berusahalah kearah itu, mari amalkan sama doa ini ya. DOA KELUARGA BAHAGIA 



Kabhi Alvida Naa Kehna ~ Never Say Goodbye



Jangan sekali-kali ucap selamat tinggal ~ lebih kurang macam tu maksudnya Tajuk film Bollywood Kabhi Alvida Naa Kehna, entah kenapa film  yang TV3 dah tayang berpuluh kali ni tak jemu jugak saya nak layan.Pelakonnya mantap,ya jalan ceritanya menarik..lokasi penggambaran indah jangan ceritalah.. ni babak paling mengguris hati ~ bila mereka -Shah Rukh dan Rani terpisah walaupun rumahtangga masing-masing juga tak dapat diselamatkan, aduhai entah kenapa rasa film ini bagai menceritakan tentang 'keindahan' cerita curang suami orang dan isteri orang , walau apapun jua alasannya, tidak bertemu cinta sejati ataupun cinta sudah beralih arah.. bukankah mencurangi pasangan kita adalah sangat berdosa dalam Islam? ya saya terlupa, ini bukan film Islam tapi saya agak beremosi bila teringat kisah-kisah curang begini.
Ending film ni memihak pada Shah Rukh dan Rani,akhirnya  mereka bersama, tapi diceritakan bagaimana rasa bersalahnya menyelubungi hati mereka kala bercinta dalam rahsia, bukan mudah nak mencurangi pasangan lebih-lebih lagi melibatkan banyak hati dan perasaan perlu dijaga. 

Bagi saya la kan, insan insan yang curang ni, memang insan berani...berani kehilangan apa yang sedang dimiliki, jadi berfikirlah berjuta kali sebelum mengambil tindakan seberani ini, tiada istilah suka-suka kerana kesan buruknya  sentiasa ada. Kisah curang  bakal  berkesinambungan dengan babak tipu menipu, luka melukai, lakonan , maksiat dan dosa! ...sebab itu hanya orang berani je sanggup buat. berani buat haruslah berani tanggung.

Kisah  kawan sehostel dari Sabah yang bersedih dan  menangis, bila kami kawan-kawan tanya ,baru dia nak bercerita kisah sedih keluarganya yang porak peranda dan tak bahagia bila ayahnya curang pada emaknya. Nampak ? Sebab si ayah curang pada si emak, anak yang berduka lara. Ada ayah ambik kesah ?..contoh je tu..berlambak lagi contoh kita  lalui disekeliling kita., luahan hati kecil saya mungkin tak siapa ingin tahu, tapi percayalah... kalau perkara melukakan hati berlaku pada insan disayangi, kita seolah terguris sama....kita empathy, seolah meletakkan diri kita ditempatnya..namun tiada apa yang boleh kita lakukan selain berdoa~

Kenapa saya terguris hati bila menonton filem ini ya.....hurm..Never Say Goodbye~



Gambar cantik Kayla Elyana | anak Apek dan Leuniey






Ini dia si comel Kayla Elyana .Dengan kerjasama The Photolicious, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha telah merakamkan detik-detik indah anaknya, Kayla Elyana pada usia 6 hari. sumber http://beautifulnara.com/







Syamsul Yusof bakal Nikahi Puteri Sarah Liyana Februari Ini




Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster,Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini.

Patimah ketika dihubungi mStar Online berkata, majlis merisik telah di lakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara di sini, pada Ahad (semalam) dan kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis pernikahan pada bulan depan atas permintaan Syamsul.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.


"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Patimah berkata, Syamsul, 30, menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah, 28, selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 28 Disember lalu.
Puteri Sarah dirisik oleh keluarga Syamsul dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara pada Ahad lalu.

Kata Patimah, Syamsul memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di tanah suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.


"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

"Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.

Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.

Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebagai ibu dia menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan Syamsul adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Patimah dan Yusof gembira anak mereka akhirnya bakal berkahwin.

Pun begitu kata Patimah, dia senang dengan Sarah yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut dan bersikap terbuka dalam pelbagai perkara.

"Saya lihat juga dia seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.

"Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga," katanya. sumber http://mstar.com.my


Perkahwinan kedua Sharifah Aleya



Sharifah Aleya & Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah selamat diijabkabulkan di masjid al-Mukarramah di Sri Damansara pagi tadi dan majlis akad nikah diadakan secara kecil kecilan.Sharifah Aeya menerima tiga dulang hantaran dari pihak lelaki dan dibalas lima dulang oleh pihak perempuan. Perkenalan mereka bermula sejak sama-sama membuat persembahan teater muzikal Terima Kasih Cinta pada 2011.Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat penyampai radio ini dan perkahwinan Sharifah Aleya sebelum ini dikurniakan anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, berusia lima tahun.





Gambar suami Linda Onn.




Ini dia wajah kacak suami Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn pada 27 Disember lalu selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang.




Pertama kali bawa anak-anak tengok wayang~




Haaa kannn skema ayatnya, pertama kali bawak anak² masuk panggung, syamim dah 2 tahun lebih dan sufi 4 tahun baru rasa nak bawak diorang ni tengok cinema kat MBO di Citta Mall Ara Damansara.Nak tengok apa reaksi diorang tengok movie skrin besar dengan speaker cam hon lori balak tu.. excited la sangat diorang ni, suka sangat sampaikan baru kuar panggung tu dah tanya bila nak tengok lagi..Mmg bagus la dua orang budak kecik ni, mmg betul dia layan story tu, tapi 30minute sebelum story ending diorang mula bosan and jalan sana jalan sini.Next time kena cari movie yg  berdurasi pendek je.

Melayan citer Dinosour mmg sesuai sgt utk sufi & syamim yg peminat Dino ni, sampaikan dulu masa kitorang gi Petrosains tempat Dinosour tu kami terpaksa layan diorang berjam² dgn pelbagai  segmen dan games ..jadi masa tu mmg byk souvenier dapat.

Mmg lama sgt dah tak tengok wayang ,last kami  tengok  wayang  lama dulu, beberapa hari selepas jadi suami isteri, lepas tu tak  layan dah...nape erk? Semalam cuti Cristmas jadi dapatlah kehulu kehilir kannnn.Till then,wassalam.  








Done up like a Christmas cracker.



Done up like a Christmas cracker. Stars with outfits so glitzy they give the classic festive dinner table treats a run for their money. source mailuk














Gambar terbaru Irma Hasmie dan anak~







Seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia



PETALING JAYA: Pelakon Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya.Pelakon itu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.

Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.

Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.

Jenazah akan dibawa ke rumahnya di 92, Jalan BU11/7, Bandar Utama, di sini. sumber http://www.mstar.com.my





[13Gambar] Sekitar Resepsi perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin


Sekitar Resepsi Perkahwinan Zain Saidin Dan Rozita Che Wan

Mengambil tempat di Setia City Convention Centre di Shah Alam, majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin memang tampak meriah & mewah selari dengan gelaran Wedding of the Year yang mereka terima dari para peminat & pemerhati dunia hiburan.sumber http://www.rotikaya.com


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...