Showing posts with label tips bertani. Show all posts
Showing posts with label tips bertani. Show all posts

Yang sedang meranum di kampung ~


Dah... inilah kerja kami anak beranak kalau cuti sekolah atau ketika ditinggal suami yg pergi berjuang khen...kampung la tempat kami melepak..mana lagi? ingat lepak kat old town white coffee je ke ada wifi free? hehe kat kampung pun hado tau.. dukk la melangut tepi pantai.. tuu sambil ngadap henpon sampai kebas kebas tangan.. selangorku sayang dah bagi wifi percuma. terima kasih.

Merapu ya. okey..langkah kanan sangat balik waktu ni,banyak hasilnya..banyak gambarnya.. indah indah dipandang.. sedap bila masuk perut.. ekeke

buah nam nam
buah nam nam


mangga besar
mangga besar punya ye...besar kepala anak saya,serius


mangga padi.
mangga padi..makcik punya ya


belimbing buluh
belimbing buluh.. ni buat sambal hitam terbaek


buah nona
buah nona


kacang itik
kacang itik namanya, import dari golok, mak saya rebus gitu je pastu makan


terung kuning
terung kuning yang comel


cili ungu
cili ungu yang cantik


bendi
bendi yang rangup, bunganya pun cun


till then,wassalam~


Khasiat daun Pudina.


Khasiat daun Pudina.

Harum sangat bau pokok pudina ni , fresh macam ada calit ubat gigi pada hidung bila cium dia.. cerr tanam banyak banyak di halaman rumah mesti segar je bau harum rumah kita kan.Ramai peminat daun pudina ni, bila dah gemuk sikit mulalah daun dia abis kena makan peminat peminatnya ~ sang belalang dan ulat. Sama kes dengan pokok kunyit , kangkung dan pegaga gergasi yang saya tanam, bijak pulak serangga ni pilih mana sedap berkhasiat tu la yg diratahnya, kalau tak pekena racun serangga.. habis botak cin pokok kita.. sabo jelah ~

Khasiat daun Pudina.

Saya beli di market, biasanya kami suami isteri beli daun pudina, utk buat jus detoks, daun pudina bersama hirisan lemon dan timun, tu yg selalu beli. So  saya rendamkan beberapa batang pudina ni dalam air ,bila dah keluar akarnya terus tanam. Cuba dua tiga kali juga baru mahu hidup. Sangat bermanfaat dan menaikkan bau masakan, elok sangat la kalau tanam sendiri,lagipun setiapkali penggunaan mmg tak guna banyak jadi daripada selalu  beli  kemudian   simpan stok lama sangat  dalam peti ais pun dia akan membazir juga sebab daun pudina ni cepat rosak, my suggestion,rajin rajinkanlah tanam sendiri, jimat, everytime nak guna baru petik sikit dan banyak pulak khasiat lainnya, baunya pulak... urmmmm  segar .senang sangat nak tanam tau~

KHASIAT DAN KEBAIKAN DAUN PUDINA

Daun Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha, Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan. 
  • Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman. 
  • Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. 
  • Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. 
  • Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. 
  • Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. 
  • Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda. 
  • Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  • Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda. 
  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut. 
Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.

Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. 

Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.

Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada. 

Teh pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .

Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

sumber : http://panduan-tips-petua.blogspot.com/2014/04/18-khasiat-dan-kebaikan-daun-pudina.html



Hasil Bercucuk Tanam ~ Daun Saderi



Lama tak cerita pasal hasil bercucuk tanam, sebenarnya dulu letak pokok daun saderi ni dalam dapur tepi tingkap, tapi sekarang dah pindahkan keluar rumah dan tukar ke pasu besar,letak  tempat yang redup redup je sebab dia takleh kena cahaya matahari terik nanti layu...yang bagusnya,bila letak luar pokoknya lagi sihat dan daunnya hijau cantik je..seronok agaknya duk ngan pokok pokok lain..saya memang tak pernah letak baja pokok saderi ni..alhamdulillah dia subur.bila nak masak sup kerat sikit sikit je daunnya,dah senang kan.

Hasil Bercucuk Tanam ~ Daun Saderi

Hasil Bercucuk Tanam ~ Daun Saderi


alhamdulillah,tanam dalam tong cat pun dia nak hidup juga...




Bunga bawang pink ~ munge cinta


Bunga bawang pink

Subhanallah, bunga bawang pink dah keluar, ini munge cinta saya [maaf perosak bahasa] haha lamanya saya tunggu bunga bawang ni berbunga,makan tahun tau. Kenapa saya panggil munge cinta, kerana ketika baru kahwin lebih kurang 6 tahun dulu inilah bunga pertama yang saya bawa ke rumah sewa, bunga nilah kesayangan saya, tahun pertama walau terbiar je dia berbunga juga, oleh sebab saya jarang jenguk belakang rumah, saya bawa dia masuk dalam.. yang kelakonya saya letak dia atas flush dalam toilet.. memang gebus sangat.. tapi dia merajuk takmo bunga sebab kurang cahaya matahari dan letak pula dalam toilet, kata munge kesayangan, tapi buh dalam tempat gitew ya... 

So kita pun bawak dia keluar semula.. tanam semula, baja cukup.. matahari cukup..sayang sayang dia.. Alhamdulillah.. pagi tadi dah kembang , buat my heart pun munge munge teringat memori baru kahwin.. dalam hati ada taman giteww Dengan excited nya saya pun snap snap sampai jiran belakang umah tegur, jadi photograper ke pagi pagi ni? hehe malu lah pulak kena tegur ngan mokcik ni,semalam borak dia baru kata, gemuk gemuk pokok bunga dan sayur kami, rajinnya ibu Sufi ni.. hehe malu lah~

Silalah layan munge cinta saya.. hopefully dapat pulak kaler lain selepas ni...

Bunga bawang pink

Bunga bawang pink

Bunga bawang pink




Jumaat yang mekar berbunga ~


Salam Jumaat yang indah, berkongsi bunga bungaan yang sudi mekar hari ni..betul betul buat hati berbunga sama, Alhamdulillah dipanjangkan usiaku untuk melihat semua keindahan ini~

petunia ungu
Petunia ungu


bunga raya
Bunga raya putih


keladi bunting
Keladi Bunting ungu


Petunia pink putih





Pegaga gergasi ~



Pegaga gergasi

Sedang tunggu pegaga plus size saya membesar, so far dia dah mula sihat... tak sabarnya tunggu saiz dia cam gergasi .. hehe memang besar tau..dia bukan macam pegaga kampung saiz biasa yang kita buat makan ulam tu, ni bila dia dah gebus..mmg cantik.. saiznya boleh besar tapak tangan dewasa, geram je tengok.. 





Bercucuk tanam ~ Bunga Ros Jepun



Bunga Ros Jepun

Bunga ros jepun saya dah mula gemuk gebus , kalau balik kampung umah mak foc je boleh pilih kaler , time dia kembang mekar tengahari buta tu la jugak saya cepat cepat ambik  mana pokok yang berkenan,sebab masa tulah baru nampak warna bunga mana yg kita nak..nanti dah petang bunga dah kuncup tak tahu warna dia..patah patahkan je batang dia pastu balik rumah terus tanam , seminggu dua nanti terus dia subur beranak pinak.

 Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun





Bercucuk tanam ~ Bunga Keladi


Tanamlah bunga keladi , memang senang nak hidup subur.. letak dalam rumah atau luar rumah.. janji cukup air Inshallah hiduplah dia..jadi terapi diri..penghibur hati dan hiasan mata.. tapi kena rajin tukar air selalu kalau letak dalam rumah takut jentik jentik bersarang.. saya memang peminat pelbagai jenis bunga keladi..kalau sudi jemput cuci mata ya mana tahu terjatuh cinta ~

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi






Bercucuk tanam ~ Daun Saderi


 Daun Saderi celery

Lama dah saya cuba tanam pokok saderi atau senang je panggil daun sup, sebab kita wajib masak sup bubuh daun ni kan. Dah cuba tanam guna pokok yg beli dipasar tu, memang dia akan subur, tapi sekejap je.. tengok le gambar bawah ni.. dia terkulai je setelah subur cantik beberapa minggu tu, Tak ikut petua yang mak saya bagi agaknya, katanya boleh tanam guna pokok yg kita beli di pasar tu tapi kalau boleh jangan masuk dalam peti sejuk dulu, lagi saya baca , dah kerat  bahagian daun yg kita nak masak tu, kemudian bahagian yg berakar tu rendamkan dulu dlm sedikit air selama 1 hari , kemudian baru cuba tanam, letak pasu di tempat redup. 



Kemudian cuba tanam guna biji benih , siap beli masa pergi ke Cameron Highland aritu , banyak jugak la cuba semai, tapi dia tak mahu membesar , kecik je  saiz jari  kita ni, ada satu pokok tu dia nak besar tapi sebab kita letak pasu tu tepi longkang belakang dapur..hehe jadi tempat lepak encik katak menumpang tidur sampai kemek kemek pokok yang nak kembang tu..sabo ajelah.. Last sekali pergi nursery bunga tu beli sepasu RM8.. geram tengok gebus gebus .. letak kat tepi tingkap dalam dapur je.. setakat ni alhamdulillah okey..sihat walafiat.Dah senang nak masak sup kerat je sikit sikit daun dia.

biji benih daun saderi

KHASIAT DAUN SADERI @ DAUN SUP

Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Kegunaan

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalamdarah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Penanaman

Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 - 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.

Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.
kredit http://segalanyadisini-chindek.blogspot.com/2010/05/khasiat-daun-saderi-sup.html


Bunga oh bunga ~


Bunga oh bunga..segar mata melihatnya, impiannya nak sangat dirumah nanti dihiasi bunga yang cantik molek macam ni, mahaplah saya tak tahu namanya..siapa tahu sila bagitau saya ya~ hati berbunga kata nak jugak nak jugak..maka ke nursery bunga nak pulun kalau ada bunga ni..ya memang ada tapi pokoknya saja..bunga entah mana..pikir dua tiga kali..nantilah dulu,paham paham ajelah di nursery sumenya lawo bila bawak ke rumah tak reti menjaga hancus jawabnya bunga mana daunnya mana nanti..mari la cuci mata...mimpi ada laman penuh bunga macam ni...Inshaallah~

bunga cantik

bunga cantik

bunga cantik

bunga cantik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...