Kemalangan maut Viva- bas ekspres | bapa tak sanggup kehilangan lagi.






Sayunya baca,semoga tabah menghadapi dugaan ini., Terkini dan updated dari entry sebelum ini  - Kemalangan maut Viva - Bas Ekspress di Kemaman


‘Tak sanggup kehilangan lagi’


KUANTAN: Selepas kehilangan isteri serta tiga daripada enam anaknya dalam kemalangan ngeri di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Meraga Beris awal pagi kelmarin, Narizan Othman, 49, tidak sanggup kehilangan lagi dan merayu supaya pakar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, dapat berbuat sesuatu untuk menyelamatkan dua lagi anaknya yang sedang dirawat.



Jenazah Allahyarhamah Noran Ali selamat dikebumikan satu lihad lahad bersama 3 orang anaknya.
“Saya harap sangat-sangat supaya mereka dapat diselamatkan. Mereka sajalah yang saya ada sekarang. Selepas selesai upacara pengebumian jenazah isteri dan tiga anak semalam (kelmarin), saya rasa seperti tidak sanggup balik ke rumah. “Nak menolak pintu rumah pun saya tidak berdaya kerana saya tahu sudah tiada sesiapa di dalamnya,” katanya.


Sebelum insiden yang mengubah kehidupan Narizan, rumahnya sentiasa ceria dengan gelak tawa dan gurau senda isteri serta lima anaknya tetapi kini semuanya sepi dan dia merasakan rumahnya di Kampung Bukit Gong Pauh, Chukai itu seolah-olah sudah tidak berseri lagi.


Anak lelaki Allahyarhamah Noran sedang menyiram pusara ibu dan 3 orang adiknya. 

Dalam tragedi awal pagi kelmarin, isteri Narizan, Noran Ali, 39, dan tiga anaknya, Nursyazleen, 12: Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4, maut selepas Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres.

Dua lagi yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Khairudi Omar, 43, dan rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43.

Dua anak Narizan, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, pula cedera parah dan kedua-duanya sedang dirawat di HTAA.

Narizan berkata, Nursakinah sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan malam kelmarin manakala Nursyafura pula sudah memberi reaksi positif walaupun masih belum sedar daripada koma.




1 comment:

  1. al FATIHAH untuk keluarganya,, moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,, amiin,,

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...