Kek Fondant biru untuk majlis tunang adik ipar.




Kek Fondant biru

Assalamualaikum readers.Salam Jumaat mulia juga salam maulidurrasul. Alhamdulillah, dah siap kek bertunang untuk adik ipar,esok malam  majlisnya semoga semuanya berjalan lancar.Adik ipar dapat si gadis impian jauh sikit di Terengganu jadi kenalah sediakan kek Fondant yang tahan lasak kan.Mengikut temanya warna biru, saya cuba buat paling simple, hias  seadanya.Bukan pakar.Jadi pada yg ter kol atau sms beberapa hari ni,serta 5 hari terkedepan,saya mmg akan berada di Terengganu dan Kelantan sekaligus melawat Kak Long saya.Jadi untuk sementara semua tempahan Crepe,cakes hanya open starting 1Feb ya.Harap maklum. Till then wassalam.

Kek Fondant biru



Untuk tempahan direct call saya 019-2545593,tq



Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin





Gambar-gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan dari CandidSydrome, pasangan ini bakal bernikah pada 2 February di PWTC. Kredit http://beautifulnara.com dan CandidSyndrome.com













Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin, kad kahwin Liyana Jasmay kahwin 2 February, gosip artis, artis kahwin, 


Restoran Upin Ipin Sek7 Shah Alam




Assalamualaikum readers. Ni entry lama dibarukan. Ni pun bukan restoran baru, tapi ai mmg jakun baru 1st time makan sini. kwenk kwenk.. nak story jugak kita dah makan Restoran Upin Ipin ~ alor bawak anak2 makan sini, environment kartun jadiknya hepy sangat bebudak bahagia ni. Dekat sangat ngan Jakel sek 7 Shah Alam, selalu mmg lalu lalang tapi baru terbuka hati nak menyinggah situ. view okey je,menu biasa2 je,rege mahal sikit sowi la yer berterus terang~  suggestion : bagiler bebudak ni souvenier upin ipin FOC ke kan bagus,kalau ada Replika umah upin ipin pun comel juge khen~  demanding ler pulok baru sekali makan cakap banyak kih kih, till then wassalam.















Vitamin C plus Pure Marine Collagen Felinna Beauty





Assalamualaikum readers. Alhamdulillah dah grab 1 kotak Felinna Vitamin C plus Pure Marine Collagen. Malam tadi jumpa customer sempat janji dengan seorang stokis Felinna Shah Alam, malas pulak nak beli online bila dah terbaca banyak kes penipuan Online BACA SINI , jadi saya direct call adik ni dan janji terus utk pickup barang,senang dan telus. Cuba dulu 1 kotak,kalau ada kesan² positif boleh continue. Saya akan update jika kesannya memberansangkan , kan perkara yg baik wajar di kongsi²...ewahhh ni gara² terpedaya dengan iklan facebook ker? heh..bukan begitu ya ~ sket² terpedaya la kan biasalah wanita mestilah nak cantik itu lumrah~ tapi ini kesinambungan tentang Vit C yang saya pernah makan sebelum ni ambik dos 500mg sahaja, hampir 50 hari makan alhamdulillah saya nampak kesan positifnya. Jadi bila baca testimoni para pengguna produk Felinna vit c ni,taksalahnya mencuba,lagi ini dos 5000mg~ wahhh mantap..



Kebaikan Pengambilan Vitamin C 5000mg :
  • Sebagai supplement kulit..dapat bantu pulihkan kulit muka yg rosak akibat penggunaan produk²pengelupasan muka,penyalahgunaan produk..
  • Dapat juga bantu mencerahkan kulit serta menganjalkan kulit..
  • Vitamin C 5000gm dengan tambahan collagen n gluta...mudah senang dan ringkas...
  • 1 Vitamin untuk 1000 manfaat...
Sesiapa berminat boleh refer sini Felinna Beauty [Official] , inilah gambar pengasas produk Felinna, chanteq sangat.. ni dia gambar before n after :


Hopefully kesannya positif,makin tua paham² sudahlah..banyak kena servis ya puan².. nak jaga anak dan suami kesihatan perlu jaga..bukan itu saja, nak beribadah pun senang, kalau sihat..nak capai apa yg kita impikan juga  lebih  nampak hala tujunya.. betul kan,wajib setuju~ till then wassalam.

Baca entry berkaitan :


Vitamin C plus Pure Marine Collagen Felinna Beauty, harga felinna, agen stokis felinna, testimoni pengguna felinna, tips sihat dan cantik, wanita, Kebaikan Vitamin C, 


Ice Cube Maker Glass~ Buat icecream sendiri senang!




Assalamualaikum readers. Sehari dua ni saya kurang sihat~ demam dan c*r*t..hehe malu le tewww nak cakap, alolo ini penangan makan ape pun tak tahu ler dua hari badan menyusut hilang tenanga serta hidrasi.Dugaan... bayangkan ler kalau makan  dia akan segera keluar semula,tapi kalau tak  makan lapar kebulor sangat sampai risau gastrik menyerang. Pergilah klinik, dan`dan je bayar mahal  makan ubat sekali terus baik.??? apekah? inilah nama dogaan...adakah saya merungut sebab dugaan ini ? owh tidak.Saya cuma pelik kat klinik ni, kenapa banyak jenis ubat yg tidak perlu sy makan turut diberikan~ why?  Alhamdulillah dah okey..dah boleh buatkan budak2 ni aiskrim..





Ada 6 cube yg comel semuanya. Tuang je baki2 air yang kita tak abis minum tu pada malam harI serta simpankan dalam frozen ya ~ esok paginya dah jadi icecream cube Taraaaaaaa...sangat senang sehingga tak perlu beli aiskrim walls double dutch lagi  kita dah jimat ~ 




Pagi2 buta ada 2 budak tak mandi dah tak sabar2 carik sekerim dalam fridge..oleh kerana taikmata masih ada maka gambar wajib dikelabukan. Cubalah, murah aje Ice Cube Maker Glass ni,terjumpa lak di Bakery Shop tu rege around RM6 something~


Masker muka Kolagen Rumpai Laut~PMC Face Mask





Assalamualaikum readers. Saya baru nak mencuba masker muka yang ini. Dah beberapa hari tersadai je dlm fridge tak sempat nak pakai lagi. Kalau berminat nak beli,refer facebook kakak ni ,saya online shoping je disini ya ~Masker Muka Pure Marine Collagen . 



KHASIAT MASKER MUKA PMC INI:

  • Mencantikkan kulit muka
  • Anti-penuan
  • Menghilangkan parut-parut  jerawat
  • Merawat kulit kusam
  • Menghilangkan simptom resdung
  • Kaya dengan vitamin A,C dan E 
  • Mengecutkan jerawat.     

1 Tube boleh guna hingga 5 kali masker muka,memang menjimatkan. Selebihnya,untuk khasiat Kolagen Rumpai Laut,sila baca ini~ Rumpai Laut Kolagen ~ Kelebihan dan cara penyediannya.

Masker muka Kolagen Rumpai Laut, PMC Face Mask, Khasiat Habbatus Sauda, kelebihan dan khasiah rumpai laut kolagen, 

Cashout Says.my kali kedua sangat cepat dan pantas!





Assalamualaikum readers, pagi ni terima email Payment Advice , okey duit cashout Says.my yang kedua  dah selamat masuk Maybank rupanya,alhamdulillah. Kali ni saya rasa proses cashout tu lebih cepat. Cuba lihat ni :
  • Saya request Cashout pada 28 Disember 2012


  • Verified pada 7 Jan 2013 , 10 hari selepas cashout request


  • Terima email Payment advice pada 8 Jan 2013



  • Harini 9 Jan 2013 dah pun  Available balance!



Itu yang nak cerita sebenarnya,proses cashout cepat dan pantas, 11 hari saja prosesnya.terima kasih Says.my..kalau anda nak wang poket juga, silakan DAFTAR DISINI seronok blogging sambil kumpul duit poket.... Till then, wassalam.

Tips cari duit poket sambil seronok berblogging., tips cashout Nuffnang churpchurp dan Says.my, Income pertama dari Nuffnang dan churpchurp dan say dot my


Resepi Kek Pelangi ~Rainbow Cake






Resepi Kek Pelangi ~ Rainbow Cake

Bahan-bahan 

430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kastor
375ml susu segar
5 biji putih telursuhu bilik
2 sudu teh esen vanila/badam
pelbagai pewarna ikut suka anda
serbuk koko secukupnya
400ml whipping topping cream- diputar hingga kembang utk sapuan pd kek
loyang 8" untuk bakar

Cara-cara

  • Ayak tepung, baking powder dan garam,ketepikan
  • Pukul mentega dan gula hingga gebu,masukkan esen vanilla dan masukkan telur putih satu persatu putar hingga sebati
  • Masukkan tepung tadi selang seli susu segar hingga sebati
  • Bahagikan adunan sama banyak 6 mangkuk dan buatkan pelbagai warna berlainan
  • Tuang setiap adunan dlm loyang berlainan utk dibakat.setiap loyang dibakar selamam 15minit pada suhu 170'C
  • sejukkan semua kek dan lapiskan  serta hiaskan ikut suka anda.
resepi kek pelangi, resepi kek, rainbow cake receipes, resepi kek gebu dan sedap serta mudah, 


Resepi Durian / Mango Crepe kesukaan ramai.






Resepi Durian / Mango Crepe kesukaan ramai.

Bahan-bahan 


250grm tepung gandum

2 biji telur

500ml santan

1/2 sudu teh garam

Pewarna ikut suka



Filling**

1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental

Isi Durian dilenyek.



Cara-cara

Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.


Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.


Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.


Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. 
Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.



cara buat crepe sedap dan gebu, menjual tempahan durian crepe dan mango crepe area shah alam, Resepi crepe mudah, resepi durian crepe, resepi mango crepe, 

Last minute shoping~buku murah di Pesta Buku Karangkraf





Assalamualaikum readers. Salam Isnin~ semoga semuanya baik² saja okey.Semalam sempat kami sekeluarga menyambar buku² murah kat Pesta Buku Karangkraf di Ole² sek 18 Shah Alam. Tu dia, hari terakhir baru sibuk² nak menyinggah situ, Omai kalaulah ada yg gi jugak semalam, sangat mencabar la sebab cuaca panassss sangat,kebetulan jumpa customer lokasi terakhir di situ,terus la kami singgah walaupun  tengahari panas terik kan, sayang pulak kalau ter miss hari terakhir ni grab ler mana yg patut..lama tak shoping buku..



Ni bacaan untuk ibu ayah ~ sangat baguslah utk  bacaan tahun baru ni,motivasikan diri sendiri ~ takyah nak tunggu org lain potpet bg motivasi khen heh~ 

Siapa masih ingat Novel Sindora by Shamsiah Mohd Nor?


Ape? Novel tak beli ker? haha sepuluh tahun dulu memang saya peminat novel.Tapi sekarang tidak lagi,minat membaca novel sudah hilang, honestly saya tak tahu kenapa itu  berlaku.Semestinya dulu,Ahadiat Akasyah dan Shamsiah Mohd Nor  penulis novel paling saya suka.Sekarang lebih suka baca buku Motivasi dan keibubapaan serta seumpamanya.Novel feveret adalah Sindora ~ sape masih ingat  tu,meh handsup! thumbsup juga..sgt best. Okey sambung tadi ¬




Selebihnya tu buku² resepi mmg murah giler wajib beli beb, memandangkan sekarang minat memasak melampaui batasan udah ~ hehe baguslah ai dapat hormon suka masak di tahun baru ni.. mesti suamiku gumbira senang hati khen. apa lagi erk ~ untuk anak² la yang lain tu. ABM utk sikecik tu banyak dah abis yelah hari terakhir baru nak menapak..padan muka, so beli yg ada je..Lain kali pergi hari pertama okey bukan hari terakhir! Till then wassalam.




Cek kedua Nuffnang dah terima.






Assalamualaikum readers, semalam saya dah terima cek dari Nuffnang.Ini cek kedua Nuffnang  saya terima hasil dari dunia blog.Nilainya tak banyak mana tapi  wajib bersyukur dengan apa yg Allah bagi. Saya dahpun asingkan akaun bank untuk hasil duit iklan sahaja, termasuk Nuffnang, Churpie dan Says, setakat ni mmg banyak lagi medium pengiklanan yang lain tapi ada yang blog saya belum layak menggunakannya,suatu hari nanti manalah tahu kan..juga Blin.Gd dan Advertlets ada join juga tapi earning agak lambat running. At least boleh saya tunjuk kat husband yang awal² dulu potpet bising² bila saya habiskan masa depan laptop saja.




Dalam waktu sama, 2 CPUV sedang running , Inshaallah hujung bulan ni boleh cashout lagi ~ tapi saya target  4 cashout saja setahun dari akaun Nuffnang, jadi kita lihat dulu camne nanti. Begitu juga Rank Alexa dah berada dibawah 1m, dulu mula² 3million something hewhew apekah ? syukurlah. 


Tapi pageviews bulan lepas memang jatuh merudum, saya rasa kebelakangan ni saya dah malas mengupdate blog,cuma sesekali kalau mood datang baru lihat entry apa agaknya sesuai di publish. Masa bersantai dah berkurang sangat , banyak masa saya habiskan untuk penuhi tempahan pelanggan ~ saya menerima tempahan kek termasuk Carrot cake,butter cake, cake pops, etc  dan Crepe COD area Shah Alam ~ sempat promo cik tiemah hewhew alhamdulillah rezeki tu,walaupun penat tapi berbaloi. Waktu yg sama~ anak² memang tengah level lasak tahap rumah macam tong sampah.. kiranya 5 kali round kalau nak mengemas.yang penting suami balik rumah dah berkilau.khen hikhik


Ini saya kongsikan untuk motivasi bersama, koreklah selalu tips yang Blogger atau insan² yang sering berjaya ~mereka rajin bagi tips cuma kita yg selalu kena rajin mencari,kemudian kalau ada tips dan berita baik kita kongsikan.Ingin berjaya,mmg kena bergaul dengan insan² yg berjaya kan.Till then,wassalam.

Baca entry berkaitan :
Nuffnang, Tips cari duit poket sambil seronok berblogging., tips cashout Nuffnang churpchurp dan Says.my, Tips naikkan Trafik blog, tips naikkan Alexa Ranking, 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...