Senarai penuh pemenang Shout! Award 2013




Khairy Jamaludin menang Wired Celebrity Award di Shout! Award

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memenangi anugerah Wired Celebritiy Award pada majlis Anugerah Shout! Award yang disiarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, pada Sabtu.

Khairy menewaskan beberapa nama popular dalam kategori tersebut seperti Aaron Aziz, Adibah Noor, Sofea Jane dan Yuna.


"Saya terharu dengan kemenangan ini kerana kebiasaannya melihat acara ini hanya di televisyen," katanya pada sidang media Shout! Awards, di sini, Sabtu.

Sementara itu, anugerah utama Shout! Awards iaitu The Ultimate Shout! Award berjaya dimenangi oleh penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow.

Manakala, penyanyi Hafiz Suip memenangi dua kategori iaitu Popstar Award dan Power Vocal Award.

Pelakon dan pengacara Zizan Razak pula meraih Favourite TV Personality Awards dan Best On-Screen Chemistry Awards bersama Johan (Jozan).

Pelakon Aaron Aziz dan Nur Fazura mencuri perhatian penonton apabila masing-masing mendapat Hot Guy Awards dan Hot Chick Awards.

Selain itu, kemenangan penyanyi Jay Walia menerusi kategori Break Out Award turut tidak dijangka kerana dapat menewaskan penyanyi popular W.A.R.I.S.

Manakala, Kumpulan Bunkface sekali lagi mengulangi kemenangan tahun lalu dalam kategori Rockstar Award.

Kumpulan KRU ft Stacy pula meraih Music Video Award pada malam anugerah tersebut.

Acara itu dihoskan oleh Razif Hashim dan Natalie Kniese.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Joe Flizzow, Reshmenu, Najwa Latif dan Shane Filan dari kumpulan Westlife. sumber http://mstar.com.my/

Berikut adalah senarai penuh  pemenang Shout Awards 2013:

Popstar Award – Hafiz
Flava Award – Mizz Nina
Coolest Radio Announcer Award – Fara Fauzana
Favourite Radio Show Award – Johara Pagi Era
Favourite TV Program Award – Versus 2
Best On Screen Chemistry Award – Jozan
Breakout Award (Best New Act) – Jay Walia
Music Video Award – KRU ft Stacy
Hot Guy Award – Aaron Aziz
Hot Chick Award – Fazura
Favourite TV Personality Award – Zizan
Breakthrough Local Feature Award – Kil
Rockstar Award – Bunkface
Fresh TV Series Award – Sebenarnya Saya Isteri Dia
Wired Celebrity Award – Khairy Jamaluddin
Shout! Aloud Award – Mat Luthfi
Power Vocal Award – Hafiz
The Ultimate Shout! Awards – Joe Flizzow





No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...