Jubah manik tempat sorok dadah



Jubah manik penuh dadah
KUALA LUMPUR: Tindakan licik seorang lelaki warga Pakistan yang menyembunyikan dadah jenis syabu di belakang jahitan manik yang dijahit di atas helaian kain terbongkar selepas polis berjaya merampas dadah itu bernilai RM3.7 juta.

Dalam serbuan di sebuah kondominium di Sri Petaling kira-kira jam 4.25 petang semalam, polis merampas 47 kain yang dijahit dengan manik mengandungi dadah seberat 2.9 kilogram.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, lelaki berusia 43 tahun itu sering memasuki ke negara ini sejak 2009 dengan membawa kain dan pakaian punjabi untuk dijual di sini.



Menurutnya, bagi tahun ini sahaja suspek telah memasuki negara ini sebanyak lapan kali bertujuan menyeludup dadah syabu yang disembunyikan di belakang manik yang telah dijahit di atas kain.
"Hasil pemeriksaan ujian air kencing ke atas suspek mendapati ia positif Syabu.

"Suspek kini direman bermula hari ini sehingga 21 November ini bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. sumber http://www.hmetro.com.my/



2 comments:

  1. ada2 aja idea penyeludup nak sorok dadah....blkg sulaman baju pun boleh....
    nasib baik polis cekap.

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...