Berebut beras sampai mati


MAYAT mangsa ditarik melintasi jalan raya di Tacloban ke dikumpulkan di tempat lain semalam.
8 mangsa Haiyan maut berebut beras
Tacloban: Keletihan dan kelaparan mendorong mangsa taufan Haiyan saling berasak-asak menyerbu gudang beras menyebabkan lapan orang terbunuh, lapor media semalam.

Menurut berita tempatan, mereka berebut-rebut mahu mendapatkan bekalan makanan dari gudang beras milik kerajaan menyebabkan satu daripada dindingnya runtuh. 

Pegawai Pihak Berkuasa Makanan Kebangsaan, Rex Estoperez berkata, kejadian berlaku di bandar Alangalang, 17 kilometer Tacloban yang terjejas teruk. 

“Semua lapan mangsa terbunuh serta-merta akibat kecederaan parah,” katanya, semalam.

Insiden berkenaan menambahkan lagi bilangan mayat yang terpaksa ditangani petugas yang kini berdepan ribuan korban taufan berkenaan.

Sementara itu ribuan lagi mangsa semalam berasak-asak dan merayu dibenarkan menaiki beberapa pesawat udara yang ada untuk keluar dari bandar yang terjejas teruk akibat taufan Haiyan. 

Mereka juga dilaporkan berang kerana bantuan yang ditunggu lewat tiba di zon bencana. 

Di Lapangan Terbang Tacloban, wartawan menyaksikan mangsa yang keletihan dan kebuluran saling bertolak-tolak antara satu sama lain untuk menaiki pesawat udara untuk keluar dari bandar itu. 

Lima hari selepas taufan Haiyan meranapkan kehidupan seluruh masyarakat tepi pantai, keadaan di Tacloban, ibu negara wilayah Leyte semakin buruk apabila bekalan asas kian habis dan penduduk pula kian terdesak. 

Doktor berkata penduduk setempat sangat panik apabila tiada bekalan makanan atau minuman yang boleh digunakan. sumber http://www.hmetro.com.my


No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...