Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam




Assalamualaikum readers. Harini jom kita story pasal library. Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam terletak di Seksyen 13 Shah Alam,kalau dulu datang sini kami laki bini [time tu belum kahwin ler khen] time study , nak cari rujukan untuk siapkan assignment and what so ever. Sekarang datang first time bawak anak² la pulak.aduii syahdunya...zaman remaja kita dah berakhir..ini masanya pulak untuk bebudak ni. Saya sesekali je datang sini dulu,sbb study jauh,tapi kalau my husben mmg selalu lah sbb dia study di UITM shah alam tu jer.




Wahh mmg tak sabar nak tengok aksi anak² bila tengok buku banyak²~ memang diorang over excited, 30 minit pertama memang gila buku, ambik tu ambik ni pastu baca [bajet pandai baca ]  me and my hasben pun berbesar hati bacakan diorang ni storybook pelbagai....mereka berdua ni duduk dengan jurusnya and very focused lar..wow anak² ibu..i'm proud of you ~




After 30 minit dan selebihnya selama 2 jam kami dalam library ni, adegan berlari pusing keliling, panjat sofa dan berguling² pun take over, hoyeh nama pun kanak².... thats why la diwujudkan Zon Kreatif, sebab anak kami mmg kreatif  la sangattt  hehe maka me and my husben la yg bukak buku itu ini, kami dah discuss untuk bawak diorang ni ke library every weekend kalau takde aktiviti lain,Insha'allah. Mmg dari dulu nak bawak,tapi syamim ni agak lasak takut mengganggu orang lain pulak. Tapi kalau pending lama sangat takut diorang tak kenal buku pulak nanti.Ini salah satu tanggungjawab kami sebagai ibu bapa untuk tunjukkan mereka tempat yang betul untuk bersantai. Till then,wassalam.




No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...