[VIDEO] Rozita Che wan ~ Zain Saidin sahkan nikah 11 Disember ini , tajaan RM13juta~



Zain Saidin & Rozita Che Wan 
Setelah hampir empat tahun menyemai kasih, pasangan selebriti popular, Zain Saidin & Rozita Che Wan mengambil keputusan untuk memilih tarikh 11 Disember 2013 untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.


Pasangan popular ini terlebih dahulu telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September 2013 lalu. Majlis merisik telah berlangsung pada pukul 3.00 petang dan disaksikan seramai 60 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.


Terdahulu pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik sekitar Eropah dan Bali. Bagi melengkapkan majlis yang bakal diadakan secara gilang-gemilang ini, mereka telah banyak menerima tawaran daripada ramai pihak yang sudi menaja.

Tonton Video Save The Date Zain Saidin~ Rozita Che Wan




Kesemua majlis seperti berinai, akad nikah dan bersanding akan diadakan di Shah Alam. Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember 2013. Majlis tersebut dijangka akan bermula sekitar jam 8.00 malam.


Seterusnya pasangan ini bakal dinikahkan keesokan harinya, 11 Disember 2013 di Gazebo Setia City Convention Centre, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam.Astro Ria adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan. (rtky/hfz)


Gelaran Wedding of the Year 2013 boleh diberikan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Mereka sudah berbelanja lebih RM200,000 untuk barangan hantaran sahaja namun ini ada informasi tentang kos keseluruhan.

Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Zain Saidin berkata yang hantaran berjumlah RM100,000 kepada Rozita Che Wan adalah hasil kerja keras beliau sepanjang tahun manakala sebahagian besar kos RM1.21 juta untuk perkahwinan mereka datang dari tajaan.

“Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami & pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami,” ujar Zain Saidin.


Zain Saidin turut berkata yang beliau menyerahkan RM100,000 kepada Rozita Che Wan untuk membeli apa sahaja yang dihajati kerana ingin melihat bakal isterinya itu berpuas hati dan dalam masa yang sama membelikan barang hantaran untuk dirinya di London & Paris.sumber http://www.rotikaya.com


Wedding of the Year 2013

Perkahwinan Janda termahal,dapat tajaan RM13 juta

Majlis perkahwinan pelakon Rozita Che Wan bersama pasangannya pelakon sensasi, Mohamad Zain Mohd. Saidin bulan depan mencatat sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tempatan apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM13 juta.

Rozita atau lebih sinonim dengan panggilan manja Che Ta, 40, bakal melangsungkan perkahwinan paling mahal dalam sejarah tanah air yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini pada 11 Disember depan.

Beliau berkata, syarikat barangan kemas terkenal Habib Jewels merupakan penaja utama apabila sanggup menaja set barangan kemas berjumlah RM10 juta untuk perkahwinan tersebut.

Katanya, barangan kemas Habib Jewels itu akan diperagakan semasa majlis berinai, akad nikah dan resepsi.

Penajaan lain bernilai RM3 juta adalah daripada 27 pihak lain yang sudi memeriahkan perkahwinan pasangan tersebut.

“Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki.

“Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja.

“Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai.

“Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah,” katanya pada sidang akhbar di SCCC semalam.sumber http://www.kosmo.com.my



Baca lagi entry berkaitan :




No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...