Rakyat Malaysia jadi mangsa dera di London



Gambar wanita Malaysia yang dipercayai menjadi hamba
selama 30 tahun di London yang dirakamkam BBC.
Rakyat Malaysia jadi mangsa dera di London

PETALING JAYA: Mangsa kes perhambaan di Lambeth yang melibatkan seorang wanita Malaysia berusia 69 tahun dan dua yang lain sering dipukul sebelum ini, dedah Polis Metropolitan dalam satu sidang akhbar, Jumaat.


Menurut laporan media British, mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".


Pihak polis telah dipetik sebagai berkata mereka perlu mengetahui apakah "gari yang tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.


Tiada bukti penderaan seksual, kata mereka, sambil menambah, ketiga-tiga mangsa dan dua suspek akan muncul sebagai sebuah keluarga yang normal apabila berdepan dengan orang luar.


Pihak polis juga berkata bahawa tidak ada bukti yang mangsa telah diperdagangkan.


Pada masa ini, kedua-dua suspek yang berusia 67 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita masih belum pulang ke rumah mereka di Lambeth.


Mereka juga didakwa dengan kesalahan berkaitan imigresen dan sebelum ini ditangkap pada tahun 1970 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Terdahulu, salah seorang daripada mangsa menghubungi Freedom Charity dan mendakwa dia telah dijadikan hamba dan haknya untuk bergerak bebas telah disekat oleh dua individu.


Freedom Charity merupakan sebuah persatuan yang membantu golongan muda memahami apa itu paksaan dalam perkahwinan serta keganasan dalam rumah tangga.

Polis berkata mangsa menghubungi persatuan tersebut selepas menonton dokumentari di televisyen yang memaparkan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh persatuan berkenaan.

Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem memberitahu media Britain bahawa wanita warga Ireland berusia 57 itu telah menghubungi persatuan itu.


"Saya rasa mereka semua melihat saya dalam berita dan membuat keputusan untuk menghubungi kami kerana dalam rancangan tersebut saya memberi galakan supaya mereka menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan," kata Prem merujuk kepada panggilan yang dibuat oleh mangsa.


Dia menyifatkan layanan yang diterima mangsa sebagai ‘tidak berperikemanusiaan’.Dia turut mendakwa wanita berkenaan turut mengalami penderaan fizikal dan emosi. 

sumber http://www.mstar.com.my/


UPDATED 27 NOV 2013

Keluarga Mangsa Dera di London, Siti Aishah Dedah Kisah Silamnya 

Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Kamar Mautum Abdul Wahab, bekas guru berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.



Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

“Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

“Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada akhbar British itu.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.


Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.  Sumber The Malaysian Insider


UPDATED 28 NOV 2013

Keluarga sahkan itu Siti Aishah


Jelebu: “Kami sangat bersyukur apabila dimaklumkan wanita itu adalah ibu saudara saya yang hilang 30 tahun lalu. Malah berita baik ini disahkan ibu saudara di London,” kata Siti Zawiyah Othman, 55, anak saudara wanita Malaysia yang menjadi hamba selama 30 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang hilang selepas melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) pada 1968.

Siti Zawiyah berkata, keluarganya dimaklumkan kakak Siti Aishah iaitu Kamar Mahtum, 73, yang kini berada di London untuk proses pengecaman.

“Keluarga menerima panggilan daripada Kamar pagi tadi (semalam) memaklumkan wanita itu adalah saudara kami yang hilang.

“Selepas menerima berita itu, saya kemudian memaklumkan kepada ibu, Hasnah, 88, kakak sulung kepada dua beradik berkenaan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Binjai, Kuala Klawang di sini semalam.
FOTO Aishah dalam simpanan keluarga (kiri) dan gambar rakaman ITV News pada 1997.
Katanya, mereka bersyukur apabila dimaklumkan wanita itu ibu saudara yang sememangnya dicari dan dirindui. sumber http://www.hmetro.com.my



2 comments:

  1. Gari tidak nampak tu mungkin hipnotis..30tahun xkn x lari je..phsyco kot..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...