Polis arah pengikut 'Tuhan Harun' serah diri.



Gambar tuhan harun yang  pernah ditangkap JAIP
sebelum ini kerana disyaki mengetuai ajaran sesat

Kuala Lumpur: Polis menasihatkan 31 pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, di rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis meminta 31 pengikut ajaran berkenaan tampil menyerah diri bagi membantu siasatan sebelum polis mengesan dan menangkap mereka. 

Menurutnya, polis akan melihat daripada semua sudut siasatan kes berkenaan untuk melihat jika mangsa mempunyai musuh atau sebaliknya dan pasukan khas sudah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut. 

“Kita akan mengesan semua individu diperlukan bagi membantu siasatan termasuk 31 pengikut ajaran Tuhan Harun dan mereka dinasihatkan menyerah diri bagi membantu siasatan.

“Polis mengambil serius dan bimbang jika kumpulan ajaran sesat itu boleh bertukar menjadi kumpulan militan dan polis sentiasa memantau perkara itu,” katanya ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, semalam. 
sumber http://www.hmetro.com.my



No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...