Pahang Juara Piala Malaysia 2013



Pahang Juara Piala Malaysia 2013 sumber Mstar Online

Wahh, dari pagi semalam memang jalan jalan sekitar pusat bandar Shah Alam terutama Sek13 di persiaran sukan dan  Stadium Shah Alam memang dah jem,kami ni keluar seawal 10am sebab nak breakfast [ breakfast la sgttt kul 10] sebenarnya kami nak pergi perpustakaan awam bawak anak² baca buku.

Tapi sebab jalan sesak, tempias Piala Malaysia, akhirnya kami breakfast kul 11am~ Memang terasa meriahnya semalam, penyokong Kelantan dan Pahang hampir nampak dimana² je bendera dan Tshirt merah sana sini. Kalau pagi dah jem macam ni,petang sikit nanti lagilah...jadik lebih baik balik cepat sikit after library nanti kan,
"Tahniah skuad Tok Gajah, PAHANG berjaya menamatkan kemarau trofi Piala Malaysia selama lebih dua dekad apabila mengejutkan juara bertahan, Kelantan 1-0 dalam aksi final edisi ke-87 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Lebih manis, ia kejayaan ketiga skuad Tok Gajah mendakap trofi Piala Malaysia selepas muncul juara pada 1983 dan 1992.
Gol tunggal penyerang import Pahang, Matias Ruben Conti pada minit ke-58 sudah cukup untuk memisahkan kedua-dua pasukan dalam aksi yang penuh dramatik itu, sekali gus mengecewakan hasrat Kelantan mempertahankan trofi Piala Malaysia yang dijulang mereka musim lalu. "
               
sumber Kosmo Online

Berbaloi lah my hasben terlentang depan TV sepanjang malam ni layan bola, team pilihan kami dah menang, semestinya Pahang, sebab Selangor tak masuk Final =( saya tak layan sangat bola sebab sibuk layan anak dara dengan persiapan barang² nya yang baru shopping tu ,untuk masuk sekolah.Cerita lagi nanti.Tahniah Skuad Tok Gajah.






No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...