Gambar majlis pertunangan Fizo dan Mawar






Ini gambar majlis pertunangan Fizo dan Mawar awal pagi ini. Selepas upacara menyarungkan cincin ke jari manis Mawar oleh ibu Fizo, Wan Hafizol bin Wan Omar atau Fizo Omar kini bergelar tunangan pengusaha muda tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim.



Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah pihak perempuan di Country Height, Kajang dengan dihadiri lebih kurang 300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan beberapa wakil media.



Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5 dulang hantaran. Manisan antara hantaran iringan melambangkan manisnya pertunangan pasangan yang sedang disirami kehangatan percintaan ini.



Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 Nov, bertempat di kediaman pihak perempuan, Country Height Kajang.



Majlis pernikahan mereka esok boleh disaksikan secara langsung di program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9. sumber http://www.rotikaya.com






Baca lagi menarik :





No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...