Zikir pelik setiap malam



isteri kepada lelaki ajaran sesat


Segamat: Seorang lelaki yang mempelajari agama menerusi bahan bacaan bertulis rumi tanpa bimbingan guru, selain mengamalkan zikir pelik setiap kali selepas Maghrib hingga Isyak kini dikatakan berubah sikap sehingga sanggup membelasah isteri dan anak berusia empat tahun tanpa sebab sejak kebelakangan ini.



Lelaki yang mempunyai tiga anak itu juga didakwa gemar duduk bersendirian dalam bilik yang gelap di rumahnya di sini dengan membaca zikir pelik sambil menjerit-jerit dengan perkataan tidak difahami sehingga menakutkan jiran. 



Lebih malang, lelaki lingkungan 30-an itu bukan saja malas bekerja, malah bersikap panas baran sehingga sanggup membelasah isteri tanpa sebab selain memukul anak lelaki berusia empat tahun kononnya sakit hati melihat wajah insan kecil itu. 



Isterinya yang mahu dikenali sebagai Fazilah, 26, mendakwa suami yang dikahwini sejak lapan tahun lalu adalah seorang yang panas baran dan tidak pernah solat sejak mendirikan rumah tangga.Selain itu, katanya, suaminya itu tidak mahu bekerja menyebabkan dia terpaksa mencari nafkah dengan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar ini dan pencuci pinggan di sebuah gerai di sini.



Selain itu, katanya, suaminya itu tidak mahu bekerja menyebabkan dia terpaksa mencari nafkah dengan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar ini dan pencuci pinggan di sebuah gerai di sini.
sumber http://www.hmetro.com.my


2 comments:

  1. Salam 9 Muharam Imme..Bahayakan beramal dengan benda yang pelik-pelik ni tanpa mengetahui maksud sebenar..entah-entah ayat tu jadi memuja pulak..

    ReplyDelete
  2. adoi...macam mana la orang boleh taksub x menentu ni kan...sedangkan sejak kecik kita ni hidupterdeah dengan ajaran Islam semua..xkan x rasa lain macam ke hapa...X paham ngan orang yang suka ikut ajaran sesat ni...Banyak yang pandai2 lak tu..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...