Daftar BR1M 3.0 Online





Bajet bagi tahun 2014 ini dijangka akan meneruskan sekali lagi BR1M yang diberi kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang bakal memberi manfaat kepada lebih 4.2 juta isi rumah. Selain itu ura-ura mengatakan kerajaan akan menunaikan janji semasa PRU 2013 pada bulan Mei lepas yang mana peningkatan nilai bantuan daripada RM 500 kepada RM1200 kepada yang berkeluarga dan dari RM 250 kepada RM600 kepada yang masih belum berkeluarga.Walaubagaimanapun ini bergantung kepada kemampuan kerajaan dan kewangan kerajaan. Seperti BR1M 2.0 yang lepas, penerima BR1M yang sudah mendaftar tidak perlu lagi menghantar borang tetapi yang belum pernah menerimanya perlu mengemukakan borang BR1M 2.0. 


Permohonan BR1M 3.0 secara atas talian boleh mula diakses pada hujung bulan Oktober 2013. Permohonan BR1M 3.0 menggunakan borang pula hanya bermula pada awal bulan November 2013 ini. Sekali lagi diingatkan permohonan ini hanya untuk permohonan baru sahaja. 

Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 3.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda. Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 3.0 Malaysia ini. 

-Boleh dapatkan borang di kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara 


-Dokumen perlu dibawa Borang pendaftaran bantuan BR1M 3.0 Malaysia Salinan Mykad/kad polis/kad tentera Salinan gaji anda.


-Tarikh terima BR1M Tarikh Pembayaran BR1M 3.0 ialah pada awal tahun 2014. 



              




No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...