NORAIN menunjukkan beg tangan cuba dirampas peragut
yang menyebabkan ibunya terjatuh dari motosikal.
|
Seremban: “Hanya satu soalan saya kepada peragut kejam itu, adakah mereka berpuas hati menyebabkan ibu saya meninggal dunia?“ kata jururawat, Norain Md Yusof, 23, anak kepada seorang warga emas, Jamariah Ahir, 64, yang maut apabila diragut dua lelaki bermotosikal di Jalan Tuan Haji Said, di sini, Jumaat lalu.
Norain yang turut cedera ringan akibat terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya berkata, lebih dikesalkan kerana beg yang cuba diragut oleh penjenayah durjana itu tidak mengandungi wang dan barang berharga.
“Dalam beg itu hanya ada tisu, alat solek dan bekas makanan yang dibawa ibu ke tempat kerja di sebuah bank di Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini.
“Malah, jika betul mereka (peragut) mahukan duit, sepatutnya hanya menyuruh saya berhentikan motosikal, bukan cara meragut hingga saya kehilangan orang tersayang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tengku Kursiah, di sini, semalam.
Dia ditemui ketika program ziarah Pemuda UMNO negeri yang diwakili Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin Ridzuan Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rasah Hassan Datuk Ayop. sumber http://www.hmetro.com.my
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un... Sedihnye...mak dia keje kat bank bukan owner bank...
ReplyDelete