Cari isteri untuk Shahid ?


shahid kapoor

Nampaknya bapa kepada hero kacak, Shahid Kapoor iaitu Pankaj Kapur semakin bimbang dengan anak lelakinya itu yang masih belum berkahwin meskipun usianya sudah menjangkau 32 tahun.

Selepas putus cinta de­ngan Kareena Kapoor, aktor itu pernah rapat dengan Vidya Balan dan Priyanka Chopra. Beberapa minggu lalu, Pankaj khabarnya sudah banyak kali ke Punjab untuk mencari calon isteri buat anak lelakinya itu. 

Menurut sumber, Pankaj sangat me­ngambil berat me­ngenai Shahid dan dia sedang mencari seorang gadis biasa yang boleh menjaga anak­nya. 

“Dia mahu Shahid berkahwin dalam masa setahun. Shahid pula mahu mencari wanita yang boleh melengkapkan hidupnya dan dia juga percayakan bapanya lebih daripada orang lain, maka agak mudah untuk Pankaj mencari calon menantu buat anaknya itu,” kata sumber itu.

Jelas Pankaj pula, ia adalah perkara biasa apabila seorang bapa mahu anaknya berkahwin.

“Saya mahu melihat Sha­hid berkahwin dan memiliki keluarga bahagia. Bagaimanapun saya tidak memaksa Shahid untuk menerima gadis pilihan saya. Terpulanglah kepada dia sama ada suka atau tidak. 

“Kalau dia tidak bersetuju dengan pilihan saya nanti, siapa pun yang dia pilih saya akan terima kerana apa yang penting adalah kebahagiaannya,” kata Pankaj.sumber http://www.hmetro.com.my




No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...