Baca luahan bekas pekerja Taska Permata Harapan di Taman Melati


gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan.

Hari ni saya terbaca di facebook Beautifulnara tentang luahan bekas pekerja di Taska Permata harapan di Taman Melati yang kontroversi minggu lalu kerana video mendera kanak-kanak dibawah jagaannya. Suspek telahpun ditahan reman bagi membantu siasatan. Bekas pekerja taska tersebut telah meluahkan pengalamannya selama sebulan bekerja di Taska tersebut di ruangan komen  AmazingNara .Berikut seperti petikan di facebook Beautifulnara : 

CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN DI RUANGAN KOMEN AMAZINGNARA MENGENAI PENGALAMAN BELIAU BEKERJA SELAMA SEBULAN DI SANA. Bersama kita ambil iktibar:


Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.
Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.
Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.


Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.
Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.
Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).
Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.

Bagaimanapun, ini luahan di ruangan komen dan tidak tahu kesahihannya,sekiranya perkara ini benar, rasanya mmg sangat kejam pengasuh di taska tersebut, dan mmg wajar dikenakan tindakan yang sewajarnya.



2 comments:

  1. sampai hati diaorang buat budak2 macam tu..Cuba kena kat anak diorang
    Jemput Join Mini GA saya...
    http://www.kisahsidairy.com/2013/11/mini-ga-like-saya-dalam-contest-3b_18.html

    ReplyDelete
  2. sampai hatinya buat budak2 camtu...isk

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...