Faizul juara Akademi Fantasia 2013


Faizul juara Akademi Fantasia 2013

Setelah 10 minggu berentap memburu impian bergelar bintang, menepati ramalan, Faizul dinobat sebagai juara Akademi Fantasia (AF 2013) pada malam kemuncak konsert akhir yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Melontarkan kekuatan vokal dan gaya persembahan memukau anak kelahiran Tawau, Sabah ini menerusi lagu Hanyut dan single baru, Sepasang Sayap sekaligus berjaya menafikan impian lima lagi finalis iaitu Amira, Aisyah, duo Azhael, Indah dan Nabila.

Kemenangan tersebut membolehkannya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan kontrak rakaman bernilai RM100,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu, pasangan duo Azhael berjaya meraih naib juara & membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi. Mereka juga memenangi anugerah AF Buzz.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Amira. Pelajar bernama Siti Ruhailah Hussein atau Indah menduduki tempat keempat. Manakala Nabila & pelajar kelahiran Singapura, Aisyah pula masing masing menduduki tangga kelima dan keenam.

Dihoskan oleh Zizan Razak, AF2013 menampilkan tiga pengkritik tetap iaitu Sharifah Amani, Edry Abdul Halim dan penerbit muzik Roslan Aziz.

Selain itu musim kali ini juga menampilkan tiga inspirer iaitu Faizal Tahir, Melly Goeslaw & Datuk Siti Nurhaliza. Tiga figura ini bertindak sebagai pembimbing kepada 12 peserta yang bertanding.
sumber rotikaya.com


No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...