Polis bantuan pukul pelatih hingga maut




LIMA suspek direman untuk membantu siasatan kematian 
pelatih PUSPEN Ladang Tradewinds, Jumaat lalu.

Kota Tinggi: Berang selepas seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Ladang Tradewinds, Bandar Perani, di sini, cuba melarikan diri, sekumpulan polis bantuan pusat berkenaan dikatakan memukul pelatih itu hingga maut dalam kejadian tengah malam, Jumaat lalu.

Difahamkan, pelatih lelaki berusia 38 tahun itu melarikan diri dari pusat berkenaan beberapa jam sebelum itu sebelum sekumpulan polis bantuan menemuinya di kawasan berhampiran lalu memukulnya menggunakan senjata tumpul.

Mangsa dikatakan cuba melarikan diri ke sebuah kebun kelapa sawit di kawasan berhampiran, tetapi ditahan semula.

Selepas ditahan dan dipercayai dipukul, mangsa dikatakan dihantar semula ke sel tahanan pusat pemulihan itu sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bersandar di dalam bilik berkenaan.

Panik dengan keadaan mangsa yang tidak bermaya, pengurusan PUSPEN dikatakan menghantar mangsa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) pada jam 12 tengah malam Jumaat lalu, sebelum mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dua jam kemudian.sumber http://www.hmetro.com.my




No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...