Warga emas maut diragut |
SEREMBAN: Perjalanan pulang dua beranak ke rumah berakhir dengan tragedi memilukan apabila ibunya maut selepas motosikal dibonceng ditendang peragut di Jalan Tuan Haji Said, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa Jamariah Akhir, 64, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala anak perempuannya, Norain Mohd Yusof, 23, cedera ringan di kaki serta tangan.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, mangsa bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Sikamat selepas mengambil Jamariah yang bekerja sebagai pencuci di sebuah bank di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini.
"Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan mahu meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal itu.
"Siasatan awal mendapati, berlaku tarik-menarik antara kedua-dua mangsa dan peragut menyebabkan salah seorang suspek menendang motosikal mangsa," katanya kepada Harian Metro, di sini.
Katanya, akibat tendangan itu, kedua-dua mangsa jatuh dan Jamariah maut di tempat kejadian.
sumber http://www.hmetro.com.my
nauzubillah...apa nak jadi dengan dunia sekarang nie
ReplyDelete